Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan perlu bergabung

Promosikan seni bela diri dalam kalangan generasi muda

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Persatuan silat di negeri ini disaran agar bergabung tenaga bagi mempromosi­kan seni bela diri dalam kalangan generasi muda kerana ia dilihat mampu mengukuhka­n perpaduan masyarakat berbilang kaum di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, silat adalah seni bela diri yang dapat membentuk disiplin dan membina jati diri yang tinggi dalam kalangan penggiat seni silat.

Beliau berkata, penglibata­n generasi muda dalam seni bela diri dilihat amat perlu bagi memastikan budaya seni bela diri seperti silat tidak luput ditelan zaman.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perasmian Program Merakyatka­n Seni Budaya ‘Festival Seni Bela Diri Sabah 2016’, di Padang Merdeka, di sini kelmarin.

“Pada zaman dahulu seni mempertaha­nkan diri seperti silat menggambar­kan kehebatan masyarakat Melayu melalui kehebatan seni bela diri yang dipraktikk­an dalam membantu mempertaha­nkan kedaulatan negara,” jelasnya.

Dengan itu, kerajaan negeri akan sentiasa memberi kerjasama dan mengalualu­kan program seumpama ini bagi memastikan ia terus diminati oleh semua lapisan masyarakat dan sekaligus, membantu memartabat­kan seni bela diri.

Menurutnya, sokongan kerajaan negeri itu selaras dengan langkah Perdana Menteri yang mengiktira­f peranan silat dengan menyatakan bahawa ‘ Silat adalah seni mempertaha­nkan diri rasmi negara’ semasa Himpunan Silat Pesaka Negara pada tahun lalu.

Penganjura­n program ini tepat pada masanya seiring dengan hasrat kerajaan untuk terus memperkemb­angkan seni silat di seluruh negara.

Musa turut menggalakk­an belia di negeri ini mengambil peluang yang ada untuk terlibat dengan seni bela diri yang mampu membentuk dan memantapka­n pemikiran, personalit­i serta mendisipli­nkan seseorang.

Dalam pada itu, Musa juga menasihatk­an masyarakat di negeri ini agar mengikis persepsi negatif mengenai seni bela diri.

Katanya, jika rakyat Jepun terkenal dengan disiplin hidup hasil prinsip Samurai, tidak salah jika rakyat Malaysia berusaha mencontohi cara pemikiran berkenaan untuk manfaat kehidupan masa kini dan masa depan.

Menyentuh mengenai program itu Musa berkata, inisiatif Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara cawangan Sabah dalam menganjurk­an program itu akan membantu meningkatk­an imej seni bela diri.

Katanya, langkah itu wajar dijadikan model ikutan kerana ia dapat menarik minat setiap lapisan masyarakat untuk menjadikan seni bela diri sebagai aktiviti sampingan.

Sementara itu, Yang DiPertua Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah Awang Masri Kefli berkata, usaha menghimpun­kan semua ahli persatuan seni mempertaha­nkan diri itu dilihat sebagai simbol penyatuan rakyat di negeri ini.

Dengan itu, beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Seni Silat Pesaka Sabah berharap program sebegitu akan dijadikan acara tahunan mahupun dwi-tahunan agar ianya akan membantu memartabat­kan seni mempertaha­nkan diri.

Beliau melihat usaha merakyatka­n budaya seni bela diri adalah satu langkah yang tepat kerana menjadikan seni bela diri sebagai penyatuan bangsa.

Program yang julungjulu­ng kali diadakan itu disertai kira-kira 1, 200 orang penggiat seni bela diri yang terdiri daripada 31 persatuan seni bela diri di seluruh Sabah.

Turut hadir adalah Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, Pengarah JKKN cawangan Sabah Mohd Raizuli Mohd Jusoh dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datu Rusmadi Datu Sulai.

 ??  ?? MUSA ( dua kanan) menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian Program Merakyatka­n Seni Budaya ‘Festival Seni Bela Diri Sabah 2016’, turut kelihatan Awang Masri (tiga kiri), Jainab (dua kiri) dan Yeo (kiri).
MUSA ( dua kanan) menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian Program Merakyatka­n Seni Budaya ‘Festival Seni Bela Diri Sabah 2016’, turut kelihatan Awang Masri (tiga kiri), Jainab (dua kiri) dan Yeo (kiri).
 ??  ?? MUSA (tengah) bersama Awang Masri (empat kanan) serta barisan tetamu jemputan lain bergambar dengan penggiat seni bela diri yang menyertai Program Merakyatka­n Seni Budaya ‘Festival Seni Bela Diri Sabah 2016’.
MUSA (tengah) bersama Awang Masri (empat kanan) serta barisan tetamu jemputan lain bergambar dengan penggiat seni bela diri yang menyertai Program Merakyatka­n Seni Budaya ‘Festival Seni Bela Diri Sabah 2016’.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N dari ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah semasa program itu.
PERSEMBAHA­N dari ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah semasa program itu.
 ??  ?? ANTARA ahli- ahli persatuan silat yang membuat persembaha­n sempena Festival Seni Bela Diri 2016.
ANTARA ahli- ahli persatuan silat yang membuat persembaha­n sempena Festival Seni Bela Diri 2016.
 ??  ?? AHLI- ahli persatuan Taekwando juga turut terlibat dalam program berkenaan.
AHLI- ahli persatuan Taekwando juga turut terlibat dalam program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia