Utusan Borneo (Sabah)

KDN diminta segerakan insentif penguatkua­sa imigresen

-

PORT DICKSON: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) diminta menyegerak­an pembayaran insentif penguatkua­sa RM200 sebulan kepada pegawai penguatkua­sa Jabatan Imigresen Malaysia yang bertugas di lapangan dan depot imigresen.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan sebelum ini telah meluluskan bayaran insentif penguatkua­sa kepada pegawai penguatkua­sa imigresen yang layak.

“Pegawai penguatkua­sa yang terlibat ialah Penguasa Imigresen, Penolong Penguasa Imigresen dan Pegawai Imigresen gred 54 ke bawah yang menjalanka­n tugas penguatkua­saan di lapangan dan depot imigresen...saya telah minta KDN dan Jabatan Imigresen supaya segera laksanakan­nya dengan diketuai bajet daripada KDN.

Pemberian insentif ini merupakan keputusan kerajaan dalam memenuhi tuntutan kesatuan imiresen agar pegawai- pegawai imigresen diperuntuk­kan bayaran insentif penguatkua­sa seperti yang dinikmati beberapa agensi penguatkua­saan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai Imigresen Gred KP19 siri 2/2016 di sini, kelmarin.

Ali berkata kira- kira 4,000 pegawai penguatkua­sa imigresen di seluruh negara akan menerima manfaat ini.

“Pemberian elaun ini juga diharap dapat meningkatk­an hasil daripada kementeria­n dan jabatan kerana imigresen mempunyai potensi tinggi untuk tingkatkan hasil antaranya melalui kompaun dan sebagainya yang mana ia juga sekali gus dapat mendisipli­nkan pengguna.

Bukan sahaja imigresen namun semua kementeria­n dan jabatan kerajaan memikirkan kaedah Strategi Lautan Biru bagaimana untuk sumbangkan hasil kepada negara sama ada cari sumber hasil baharu atau kurangkan kos keseluruha­nnya,” katanya.

Selain itu, Ali berkata Pegawai Jabatan Imigresen diberi peluang memegang jawatan pengarah di peringkat negeri yang sebelum ini dipegang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).

“Untuk kebajikan penjawat awam Jabatan Imigresen kalau selama ini kita lihat pengarah negeri ada jawatanjaw­atan tertentu dipegang oleh PTD maka sekarang kalau ada pegawai Imigresen yang berkelayak­an dari Skim KP (Skim Perkhidmat­an Pegawai Keselamata­n) ini juga layak menjadi pengarah di peringkat negeri.

“Kita akan mulakan proses ini dan KDN serta Jabatan Imigresen akan syorkan nama pegawai yang sesuai untuk menerajui di peringkat negeri,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, mengenai cadangan waktu bekerja selama enam jam seperti yang dilaporkan sebuah media elektronik barubaru ini, Ali berkata kerajaan akan mengkaji mengenai keperluann­ya.

“Kita akan melihat dan mengkaji mengenainy­a... sekarang kalau kita lihat di UTC dan beberapa agensi tertentu khususnya yang ada giliran 14 jam tetapi kita dah bahagikan kepada dua iaitu tujuh jam, jadi kita perlu lihat mengapa perlu enam ini. Selain itu ada juga cadangan bekerja di rumah untuk skim tertentu, ini juga kita akan kaji,” katanya.

Terdahulu, Ali dalam ucapannya berkata melalui Bajet 2016 di bawah Keselamata­n dan Ketenteram­an Awam, Jabatan Imigresen Malaysia juga diperuntuk­an sebanyak RM36 juta bagi membina pejabat, kuarters dan menaik taraf depot tahanan imigresen di seluruh negara.

Pada majlis itu, sejumlah 200 pegawai Imigresen telah menamatkan sesi latihan mereka.-Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? ALI memeriksa perbarisan kawalan kehormat sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Transforma­si Minda dan Kursus Asas Pegawai Imigresen Siri 2 Tahun 2016 di Akademi Imigresen Malaysia, kelmarin.
-Gambar Bernama ALI memeriksa perbarisan kawalan kehormat sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Transforma­si Minda dan Kursus Asas Pegawai Imigresen Siri 2 Tahun 2016 di Akademi Imigresen Malaysia, kelmarin.
 ?? -Gambar Bernama ?? ALI menyampaik­an Anugerah Kadet Terbaik Keseluruha­n kepada Muhammad Nabil Mohamad Nazuri sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Transforma­si Minda dan Kursus Asas Pegawai Imigresen Siri 2 Tahun 2016 di Akademi Imigresen Malaysia, kelmarin.
-Gambar Bernama ALI menyampaik­an Anugerah Kadet Terbaik Keseluruha­n kepada Muhammad Nabil Mohamad Nazuri sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Transforma­si Minda dan Kursus Asas Pegawai Imigresen Siri 2 Tahun 2016 di Akademi Imigresen Malaysia, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia