Utusan Borneo (Sabah)

Tanam nilai murni ikut agama masing-masing untuk kekang pengaruh Daesh

-

KOTA BHARU: Anggota Kawasan Rukun Tetangga di seluruh negara diminta membantu menanam akhlak dan nilai murni mengikut ajaran agama masing-masing dalam diri anak-anak mereka sebagai usaha mengekang ideologi songsang seperti yang dipegang kumpulan militan Daesh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata ia penting supaya kesedaran mengenai bahayanya dapat diterap sejak awal dalam kalangan generasi muda terutama remaja.

“Agama masing- masing boleh memainkan peranan untuk membentuk akhlak dan nilai-nilai murni yang baik supaya mereka tidak melakukan perkara seperti ini.

“Pantau anak- anak kita dan juga beri peringatan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kempen Keselamata­n Kejiranan Peringkat Negeri Kelantan 2016 di sini, kelmarin.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Datuk Gandesan Letchumana­n dan Pengarah JPNIN Kelantan Salasiah Hashim.

Sementara itu, dalam ucapannya, Kurup berkata peranan yang dimainkan oleh Kawasan Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela dapat berfungsi sebagai rakan strategik polis dalam mengurangk­an kadar jenayah.

“Justeru, komitmen yang tinggi serta penglibata­n yang menyeluruh daripada semua pihak mestilah digembleng­kan bersama bagi memastikan negara kita terus berada dalam suasana aman, harmoni dan stabil.

“Saya menyeru agar semua Kawasan Rukun Tetangga dapat mempelbaga­ikan aktiviti di kawasan masingmasi­ng berdasarka­n isu setempat,” katanya.Bernama

 ?? Bernama - Gambar ?? KURUP ( dua, kanan) beramah mesra bersama sebahagian penerima anugerah khas peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) pada Seminar Kempen Keselamata­n Kejiranan Peringkat Negeri Kelantan 2016, kelmarin.
Bernama - Gambar KURUP ( dua, kanan) beramah mesra bersama sebahagian penerima anugerah khas peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) pada Seminar Kempen Keselamata­n Kejiranan Peringkat Negeri Kelantan 2016, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia