Utusan Borneo (Sabah)

JPP jadi ‘kanta komuniti’ bantu kerajaan kenal pasti rakyat susah

-

KUANTAN: Penubuhan Jawatankua­sa Perwakilan Penduduk ( JPP) mampu menjadi ‘ kanta komuniti’ yang efektif kepada kerajaan bagi mengenal pasti golongan susah di bandar untuk diberikan sebarang bantuan yang diperlukan.

Timbalan Ketua Setiausaha ( Kesejahter­aan Bandar), Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimi Abdul Manaf berkata, jawatankua­sa itu berfungsi sebagai orang tengah kepada kerajaan untuk menyelami lebih dekat permasalah­an dihadapi penduduk setempat.

“Misalnya kalau ahli jawatankua­sa melihat kawasan setempat ada penduduk miskin, mereka boleh maklumkan kepada kerajaan. Ini kerana di bawah kementeria­n kita mempunyai program membantu orang miskin membaik pulih rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Komuniti Bandar ( CUBE) JPP di sini kelmarin yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Kuantan ( MPK) Datuk Fadzilla Salleh.

Halimi berkata selain itu, penubuhan jawatankua­sa berkenaan juga berupaya memperkasa penduduk setempat dalam aspek melaksanak­an program komuniti yang melibatkan masyarakat.

“Kita turut menggalakk­an JPP untuk melaksanak­an bomba komuniti selain mewujudkan rakan taman. Kementeria­n bangunkan taman tetapi JPP yang menjaga kebersihan taman itu,” katanya.

Sementara itu, Halimi berkata kementeria­n mewujudkan CUBE di seluruh negara dalam usaha untuk memudahkan penduduk setempat menyalurka­n maklumat serta aduan dengan lebih berkesan kepada kerajaan.

Beliau berkata terdapat 70 CUBE telah dibina di seluruh negara dengan pelbagai kemudahan untuk manfaat komuniti bandar. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia