Utusan Borneo (Sabah)

Ikhlas dalam perjuangan Anggota Umno dan BN perlu perkukuh kebersamaa­n

-

PEKAN: Semua anggota Umno dan Barisan Nasional ( BN) digesa supaya terus memperkuku­hkan semangat kebersamaa­n selain ikhlas dalam perjuangan untuk memastikan parti terus kuat dan berjaya mengharung­i arus pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mereka kini tidak lagi boleh bersikap leka atau syok sendiri, kerana dunia politik bersifat dinamik, tidak statik, dan sentiasa mengalami ‘jatuh bangun’.

“Kalau kita amalkan semangat kebersamaa­n, kita boleh jadi satu negara yang lebih kuat dan berjaya. Jika singkap sejarah negara, kita boleh gunakan pengalaman dan beberapa detik peristiwa di mana kebersamaa­n antara kita telah membuahkan keberhasil­an yang agak luar daripada jangkaan.

“Ia termasuk semasa kita menuntut kemerdekaa­n, dengan semangat kebersamaa­n antara pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V. T Sambanthan, kita telah berjaya mendapat kemerdekaa­n dengan cara lebih mudah daripada kebanyakan negara lain.

“Malah semasa PRU pertama 1955, hasil semangat kebersamaa­n, Parti Perikatan ketika itu telah meraih kemenangan cemerlang dengan membolot hampir semua kerusi,” katanya ketika berucap merasmikan persidanga­n perwakilan Umno Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini kelmarin.

Majlis turut dihadiri isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Datuk Abu Bakar Harun.

Menurut Najib, anggota parti juga perlu menjadikan PRU ke- 10 di Pekan sebagai pengajaran, apabila Umno dan BN ketika itu hampir tersungkur kerana meninggalk­an prinsip kebersamaa­n ditambah dengan faktor luaran ketika itu.

“Barangkali sebahagian besar daripada kita masih segar dalam ingatan mimpi ngeri PRU 1999 apabila kita nyaris rebah, walaupun banyak faktor luaran yang mempengaru­hi keputusan, namun tidak kurang pentingnya faktor dalaman yang menyumbang kepada keputusan yang saya sebut sebagai mimpi ngeri itu.

“Hari ini saya nak mengingatk­an kepada diri sendiri bahawa ini mesti dijadikan sebagai sempadan supaya ia tidak berulang dan sejak PRU itu kita bangkit kembali dengan semangat baru menjadikan keputusan yang diperoleh selepas itu semakin baik,” katanya.

Untuk rekod pada PRU ke-10, Najib yang bertanding di Parlimen Pekan hanya menang tipis dengan memperoleh majoriti 241 undi ketika menentang calon PAS Ramli Mohamed.

Najib yang juga Presiden Umno turut mengingatk­an anggota parti agar tidak mengkhiana­ti parti kerana ia merupakan ‘produk’ terbaik setakat ini yang mampu membela agama Islam dan orang Melayu di negara ini.

“Kalau kita kita ada sesuatu yang baik, kita jagalah... janganlah buat kerenah. Saya tidak ada niat lain melainkan mahu menjadikan Umno dan BN terus berjaya di Pekan dan di tempat lain.

“Kita adalah harapan untuk masa depan negara... jadi kita kena lipat gandakan semangat kebersamaa­n, perkukuhka­n kesetiaan sepanjang hayat kepada perjuangan parti.

“Kalau tidak suka saya, lawanlah saya dalam parti, saya pun ada bala tentera saya, boleh lawan tengok siapa yang akan menang, tetapi jangan sesekali khianati Umno kerana inilah parti keramat orang Melayu, berbeza pendapat boleh tetapi ada kaedahnya.

“Kita berhimpun ini atas semangat kebersamaa­n, boleh tegur sesama kita dan boleh beri pandangan, saya sedia terima teguran. Jika ada tidak betul kita betulkan, ini tujuan kita bersidang, untuk tambah baik,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada perwakilan.

Dalammajli­situ, Najibturut menyampaik­an sumbangan 500 ekor lembu korban termasuk 20 sumbangan peribadiny­a kepada surau dan masjid di seluruh Parlimen Pekan sempena Hari Raya Aidiladha. -Bernama

 ??  ?? NAJIB (tengah) memeriksa barisan ketika hadir merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Pekan 2016 di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, kelmarin. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri...
NAJIB (tengah) memeriksa barisan ketika hadir merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Pekan 2016 di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, kelmarin. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia