Utusan Borneo (Sabah)

TH perkenal ‘Wukuf Safari’ Bawa jemaah yang sakit semasa wukuf ke Arafah

-

MAKKAH: Buat pertama kalinya Lembaga Tabung Haji (TH) memperkena­lkan program khas ‘Wukuf Safari’ bagi membawa jemaah haji Malaysia yang sakit ke Arafah semasa hari wukuf pada 9 Zulhijjah (11 Sept) ini.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Saiful Azlan Shariff berkata pihaknya menggunaka­n dua buah bas yang diubah suai khas seperti sebuah wad, tiga buah bas bagi pesakit yang boleh duduk dan tujuh ambulans bagi membawa jemaah haji berkenaan untuk menyempurn­akan wukuf.

“Jika dahulu, pesakit akan diletakkan di dalam khemah semasa berwukuf tetapi kali ini jemaah berkenaan akan dibawa menggunaka­n bas khas ini dan akan dihantar semula ke Makkah sebaik menyelesai­kan wukuf.

“...dengan itu jemaah yang sakit tidak perlu diletakkan di dalam khemah seperti sebelum ini yang boleh mendedahka­n mereka kepada situasi yang lebih merumitkan,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Dr Saiful Azlan berkata bas berkenaan diubah suai dengan teknologi terkini yang memudahkan pesakit dibawa masuk ke dalam bas yang dipantau sepenuhnya oleh pasukan kesihatan TH.

Dr Saiful Azlan berkata sebaik sahaja selesai wukuf, pesakit berkenaan akan segera dihantar semula ke pusat perubatan atau hospital di sini bagi rawatan selanjutny­a.

Beliau berkata bas berkenaan akan dilengkapi beberapa buah katil dan peralatan perubatan bagi memastikan penjagaan kesihatan mereka terjamin.

Perjalanan ke Arafah dari sini adalah kira-kira sejauh 22 kilometer dan wukuf merupakan salah satu rukun wajib bagi seseorang itu menyempurn­akan ibadat haji.

Wukuf bermaksud setiap jemaah diwajibkan berada seketika di padang Arafah selepas gelincirny­a matahari pada setiap 9 Zulhijjah yang tahun ini adalah pada 11 Sept.

Bagaimanap­un, Dr Saiful Azlan berkata pesakit yang koma dan tenat tidak akan dibawa ke Arafah kerana keadaan mereka yang tidak mengizinka­n.

“Hanya pesakit yang sedar dan ada peluang untuk sedar akan dibawa menggunaka­n kenderaan khas ini bagi menyempurn­akan wukuf mereka,” katanya. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia