Utusan Borneo (Sabah)

Laporan KRI mengenai Perak tidak logik: Abdul Rahman

-

GERIK: Laporan Institut Penyelidik­an Khazanah ( KRI) yang meletakkan Perak sebagai negeri kedua termiskin di Malaysia adalah tidak logik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata ini kerana kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan Perak terus berkembang maju.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahka­n Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff supaya bersama- sama dengan pihak KRI bertemu dengan kerajaan negeri untuk menjelaska­n laporan tersebut.

“Saya minta KRI berikan penerangan mengenai metodologi mereka untuk mendapatka­n rumusan laporan tersebut dan perbetulka­n tanggapan tersebut.

“Menteri Besar juga tidak bersetuju dengan laporan itu, kita kena iktiraf kerja kuat kerajaan negeri,” katanya.

Abdul Rahman yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidanga­n perwakilan UMNO Bahagian Gerik di Pengkalan Hulu kira-kira 50 kilometer dari sini.

Menurut Abdul Rahman yang bertanggun­gjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi, terdapat banyak kriteria yang perlu dipenuhi untuk meletakkan sesebuah negeri sebagai antara termiskin.

“Bukan saya kata laporan itu salah, tapi untuk melihat sesuatu negeri itu miskin banyak yang perlu diikuti, saya khuatir data (dalam KRI) tidak tepat.

“Misalnya di sini (Pengkalan Hulu) walaupun di hujung Perak, tetapi ia membangun, lebih baik daripada beberapa kawasan lain,” katanya.

KRI dalam laporannya pada Isnin menyebut Perak menjadi negeri kedua yang mempunyai isi rumah berpendapa­tan di bawah RM2,000 sebulan selain 81.1 peratus isi rumahnya berpendapa­tan kurang RM6,000 sebulan.

Laporan itu turut menyebut Perlis dan Pahang juga antara negeri yang mempunyai peratusan isi rumah berpendapa­tan kurang RM6,000 yang tertinggi iaitu masingmasi­ng pada kadar RM80.3 peratus. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia