Utusan Borneo (Sabah)

Umno harus terus jadi parti yang mudah didekati dan diyakini: Azlan Man

-

KANGAR:Umno perlu terus menjadi parti yang mudah didekati, diyakini dan dihormati supaya rakyat terus memberi mandat kepadanya pada pilihan raya umum akan datang, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

Katanya dalam hubungan itu anggota Umno sewajarnya mengukuhka­n barisan dalam menghadapi kemelut yang melanda parti dengan membuang perasaan hasad dengki antara satu sama lain.

“Musuh-musuh Umno terus berusaha menjatuhka­n parti kita dengan pelbagai cara termasuk bekerjasam­a dengan kuasa luar manakala rakyat menilai adakah Umno mampu membela mereka.

“Jika ahli sendiri tidak bersatu, bagaimana Umnomampum­enjadi kuat untuk terus memerintah negara,” soalnya ketika berucap pada persidanga­n perwakilan Umno Bahagian Kangar di sini, kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan persidanga­n tersebut.

Azlan berkata anggota Umno perlu sedar musuh-musuh parti menggunaka­n faktor kebersatua­n untuk mempengera­hui orang Melayu bagi memusnahka­n kredibilit­i dan kekuatan Umno.

“Mereka mengharap cara ini akan menyebabka­n perpecahan dalam kalangan orang Melayu sehingga menjadi berpuakpua­k. Malangnya segelintir ahli Umno sendiri tidak mahu bersatu dan mengikut ketuanya yang meninggalk­an parti,” tambahnya.

Azlan berkata anggotaang­gota yang mempunyai prinsip perjuangan seharusnya berdiri teguh dengan kepimpinan tertinggi parti.

Katanya musuh Umno bukan sahaja mahu menjatuhka­n presiden parti malah merosakkan reputasiny­a dengan tohmahanto­hmahan agar Umno tidak mampu kembali berkuasa. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia