Utusan Borneo (Sabah)

Bermula di D’Bundle Mania

Kesusahan hidup dorong peniaga bundle majukan diri

- Oleh NORNASHA SABLI (Pelatih UMS)

HASIL kegigihan menjual pakaian terpakai (bundle), siapa sangka Dyg Permawati Abdul Shami, 40, mampu meraih pendapatan lumayan setiap bulan.

Minat berniaga mendorong pengusaha wanita ini berkecimpu­ng dalam bidang perniagaan sejak berusia 12 tahun lagi.

Semuanya bermula dengan mengikuti ibu bapanya berniaga secara kecil-kecilan di beberapa kawasan tamu di seluruh Sabah.

Rutin berkenaan menyebabka­n Permawati semakin meminati bidang perniagaan dan nekad untuk menjadikan­nya sebagai mata pencarian utama.

Walaupun pada awalnya, beliau memikirkan berniaga hanyalah aktiviti sambilan untuk menolong kedua orang tuanya.

“Sebelum ini saya menjual pakaian bundle bersama keluarga memandangk­an inilah perniagaan yang kami jalankan sejak saya kecil lagi.

“Justeru saya menganggap hanya perniagaan ini yang sebati dalam diri hinggalah saya membuka kedai pakaian bundle sendiri.

“Kedai ini saya usahakan bersama suami dan dua rakan kongsi yang juga pasangan suami isteri,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di kedainya di Sabindo Kinarut Rabu lepas.

Bagi Permawati pengalaman serta semangat tinggi menjadi kekuatan untuknya berusaha gigih dan bekerja keras setiap hari.

Walaupun tidak memiliki kelayakan pendidikan yang tinggi, namun kegigihan berkenaan membuatkan dirinya sentiasa berusaha demi menjadi usahawan berjaya.

Ini akhirnya terbukti selepas sekian lama berniaga, Permawati berjaya membuka sebuah kedai yang diberikan nama D’Bundle Mania pada awal 2015.

Mengulas mengenai pembukaan kedai berkenaan, Permawati sanggup mengambil risiko untuk menggunaka­n semua wang simpanan mereka kira-kira RM80,000 untuk dijadikan modal perniagaan.

Namun sambutan luar jangkaan yang diterima sewaktu pembukaan hari pertama kedainya membuatkan beliau yakin risiko yang diambil itu akan mendatangk­an hasil.

Sejak dari itu, perniagaan pakaian bundle yang diusahakan Permawati bersama suaminya Saharudin Odding, 31, serta rakan kongsi mereka Haris Beddu Rahim, 36, dan isteri berkembang maju.

Kini mereka memiliki sebanyak lima cawangan kedai termasukla­h di Putatan, Inanam, Sabindo, serta sebuah gudang memproses pakaian di Jalan Lama, Papar.

Pada Oktober depan, sebuah lagi cawangan kedai pakaian bundle baharu milik Permawati akan dibuka di Beaufort.

“Setakat ini saya mempunyai lebih kurang 25 orang tenaga kerja yang kebanyakan­nya adalah lelaki dan anak muda.

“Produk pakaian bundle ini diimport dari negara Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Korea, serta Pakistan.

“Kualiti kain yang dihasilkan dari negaranega­ra ini sangat bagus serta digemari oleh pembeli khususnya di negeri ini,” jelasnya.

Selain berniaga di kedai dan tamu, beliau juga menggunaka­n laman sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp untuk mempromosi­kan baranganny­a.

Menurutnya pendekatan berkenaan ternyata mendapat sambutan yang sangat menggalakk­an daripada pembeli.

Pihaknya juga membekalka­n barangan terpakai ke kawasan Miri Sarawak, Sandakan, Labuan, Tawau, dan Keningau.

Resam menjadi peniaga, masalah kekangan waktu bersama keluarga tidak dapat dinafikan dan situasi berkenaan turut dihadapi oleh Permawati.

“Sepanjang berniaga, masa bersama anak-anak agak kurang dan suami saya yang menjadi tulang belakang selama ini juga hanya seminggu sekali berada di rumah kerana berusaha mengembang­kan perniagaan.

“Saya pernah memandu lori sendiri ketika orang lain sedang enak tidur sekitar jam 5 pagi sematamata untuk pergi menjual pakaian bundle.

“Begitu juga ketika hujan atau ribut, kami terpaksa bertahan dan gagahi diri untuk terus berniaga,” katanya.

Perit jerih liku-liku yang perlu dilaluinya menjadi pembakar semangat serta kekuatan beliau demi memperkemb­angkan perniagaan pakaian bundlenya bersama rakan.

Permawati berkata dalam dunia perniagaan, untung dan rugi adalah adat cuma usaha perlu dipertingk­atkan untuk terus berjaya.

Sementara itu rakan kongsinya Haris menganggap perniagaan bundle bukan lagi bisnes baharu di Malaysia.

Katanya tidak dinafikan masyarakat dahulunya melihat bundle ini tidak mempunyai nilai eksklusif.

Namun jelasnya hari ini pakaian bundle menjadi trend kerana pembeli barangan bundle terdiri daripada orang berkemampu­an hinggakan ada pelabur yang berminat untuk melabur dengan pihaknya.

“Permawati sangat menjaga kebajikan pekerja kerana merekalah yang membantuny­a dalam menguruska­n hal ehwal perniagaan­nya.

“Suaminya pula walau tidak berpendidi­kan tinggi, namun tetap berjaya menjalanka­n perniagaan pakaian bundle ini kerana memiliki usaha yang gigih,” katanya.

Dalam pada itu, Permawati turut menasihatk­an kepada golongan muda agar tidak memandang rendah terhadap perniagaan bundle.

“Tidak semestinya orang yang tidak mempunyai pendidikan tinggi dan hanya berniaga di tamu tidak boleh maju ke hadapan.

“Saya juga berharap perniagaan pakaian bundle ini juga mampu membantu masyarakat sekeliling khususnya mereka yang mahu mendapatka­n produk yang murah tetapi berkualiti.

 ??  ??
 ??  ?? PERMAWATI
PERMAWATI
 ??  ?? ANTARA dua buah bangunan cawangan milik D’Bundle Mania. (Gambar atas dan bawah)
ANTARA dua buah bangunan cawangan milik D’Bundle Mania. (Gambar atas dan bawah)
 ??  ?? PELANGGAN yang datang meninjau barangan yang terdapat di kedai D’Bundle Mania.
PELANGGAN yang datang meninjau barangan yang terdapat di kedai D’Bundle Mania.
 ??  ?? PELANGGAN begitu asyik memilih pakaian yang sesuai di kedai D’Bundle Mania.
PELANGGAN begitu asyik memilih pakaian yang sesuai di kedai D’Bundle Mania.
 ??  ?? GUDANG tempat memproses pakaian yang diimport dari luar negara.
GUDANG tempat memproses pakaian yang diimport dari luar negara.
 ??  ?? ANTARA jenis barangan yang terdapat di kedai D’Bundle Mania cawangan Putatan.
ANTARA jenis barangan yang terdapat di kedai D’Bundle Mania cawangan Putatan.
 ??  ?? PAKAIAN yang dijual di D’Bundle Mania Sabindo.
PAKAIAN yang dijual di D’Bundle Mania Sabindo.
 ??  ?? HARIS (tengah) ketika melawat kilang bundle di Busan Korea.
HARIS (tengah) ketika melawat kilang bundle di Busan Korea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia