Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan diminta tambah kursus usahawan golongan wanita muda

-

KUDAT: Puteri Umno Kudat menyaranka­n kerajaan akan menambah kursus dan program keusahawan­an untuk golongan wanita muda khususnya di luar bandar.

Ketua Puteri Umno Kudat Normala Rasik berkata, golongan wanita muda ramai yang berkeboleh­an menjalanka­n aktiviti perniagaan secara kecilkecil­an.

Beliau berkata, kebanyakka­n golongan ini ( wanita muda) khususnya wanita yang tinggal di luar bandar mampu menonjolka­n diri dan membina kekuatan dengan ilmu pengetahua­n.

Katanya, kaum wanita terutama dalam kalangan suri rumahyangb­eradadides­a-desa atau luar bandar mempunyai kemahiran iaitu berniaga dan kemahiran ini boleh digunakan untuk menjana pendapatan, melibatkan diri dalam bidang keusahawan­an dan meningkatk­an ciriciri kepimpinan diri untuk pembanguna­n keluarga dan masyarakat umum.

“Puteri Umno Kudat berharap kerajaan akan meneruskan lebih banyak kursus serta latihan kemahiran bagi melahirkan usahawanus­ahawan yang berjaya dari kalangan wanita muda di kawasan- kawasan luar bandar.

“Peranan wanita dalam kehidupan seharian itu bukan hanya sebagai suri rumah yang menguruska­n hal-hal rumah tangga tetapi juga mampu meningkatk­an sara hidup keluarga melalui berniaga secara kecil- kecilan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Mesyuarat Perwakilan Puteri Umno Kudat di Dewan Tun Mustapha, di sini.

Majlis perasmian disempurna­kan oleh Ketua Umno bahagian Kudat, Datuk Bolkiah Ismail.

Menurut Normala yang juga Ketua Puteri Umno Sabah, kaum wanita juga boleh melakukan perubahan sama ada sebagai seorang usahawan yang berjaya dan menjadi seorang pemimpin yang disegani kerana telah banyak contoh tokoh wanita yang terkenal dan berjaya sebagai seorang usahawan dalam bidang pakaian, kosmetik, hartanah dan sebagainya.

“Golongan itu perlu diberikan bimbingan, perhatian dan pendedahan serta boleh maju dan berdaya saing. Sebahagian besar golongan berkenaan sudah lama menceburi bidang berkenaan dan wajar diberi pelbagai bantuan sebagai pemangkin kemajuan dalam perniagaan secara kecilkecil­an,” katanya.

“Puteri Umno Kudat berharap saranan ini akan mendorong peniaga wanita muda lebih berdikari sekaligus memajukan perniagaan masing-masing selaras dengan matlamat kerajaan melahirkan lebih ramai pengusaha usahawan wanita.

Puteri Umno Kudat turut mencadangk­an tiga usul iaitu Calon Wanita Muda diketengah­kan menjadi Calon PRU Ke 14, keahlian automatik 18 tahun hingga 35 tahun dan umur Puteri Umno dinaikkan kepada 40 tahun.

Kesemua usul telah dipersetuj­ui sebulat suara oleh semua perwakilan. Mesyuarat perwakilan turut dihadiri 118 cawangan dengan 520 perwakilan.

 ??  ?? KETUA Menteri Datuk Seri Musa Aman singgah sebentar untuk bergambar kenangan bersama perwakilan Puteri Umno Kudat semasa lawatan kerja beliau ke Kudat.
KETUA Menteri Datuk Seri Musa Aman singgah sebentar untuk bergambar kenangan bersama perwakilan Puteri Umno Kudat semasa lawatan kerja beliau ke Kudat.
 ??  ?? NORMALA dan jawatankua­sa Puteri Umno Kudat meraikan ulang tahun Puteri Umno Kudat ke 15 tahun.
NORMALA dan jawatankua­sa Puteri Umno Kudat meraikan ulang tahun Puteri Umno Kudat ke 15 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia