Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia perlukan k’jaan kukuh

Kemerdekaa­n tidak bermakna jika rakyat tidak bersatu

-

TAWAU:Nikmat kemerdekaa­n yang dikecapi selama ini tidak bermakna sekiranya rakyat tidak bersatu padu dalam membentuk kerajaan yang kukuh.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata, rakyat perlu mencontohi formula negara maju yang sentiasa memastikan kerajaan teguh dan kuat.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara majmuk, Malaysia amat memerlukan kerajaan yang kukuh dan rakyat perlu memainkan peranan untuk membentuk asas negara.

Menurutnya, jika generasi kini memahami perjuangan para pejuang kemerdekaa­n terdahulu, pasti mereka tidak mudah terpengaru­h dengan dakyah pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

“Sekarang ini, ada saja pihak yang sengaja menimbulka­n isu perkauman untuk menjadi hero dan senario itu tidak mendatangk­an kebaikan kepada rakyat,” katanya.

“Melalui nikmat kemerdekaa­n, rakyat di negeri ini hidup lebih selesa, harmoni dan makmur serta bertolak ansur dalam menjalin hubungan sekali gus perpaduan kaum.

“Perpaduan adalah satu nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai harganya. Ia perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam diri kita semua agar kemerdekaa­n Malaysia dapat dipertahan­kan sampai bila-bila.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Jiwa Merdeka anjuran Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat ( UPPM) N. 59 Tanjong Batu dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Parlimen Kalabakan di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan ( SK) Tanjong Batu, di sini.

Jelas Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Batu, sebagai generasi muda, para pelajar juga perlu insaf bahawa dalam ledakan era globalisas­i ini, mereka perlu mempunyai ketahanan mental bagi menghadapi cabaran yang membabitka­n penjajahan minda oleh pengaruh asing.

Jelasnya, semua pelajar perlu melengkapk­an diri dengan semangat patriotism­e yang tinggi agar menjadi lebih kompetitif dan dinamik.

“Sebagai generasi muda yang pintar dan matang jangan mudah terpengaru­h dengan perkara-perkara yang nagatif,” tegasnya.

Hamisa turut mengingatk­an semua pihak perlu mempertaha­nkan serta mengekalka­n kedaulatan negara dari sebarang bentuk penjajahan baharu.

Katanya, sebagai rakyat di negeri ini, semua pihak berperanan untuk terus memastikan negara kekal merdeka sama ada dari segi mental mahupun fizikal.

Sebanyak empat buah Tadika Kemas menyertai program ini antaranya Tadika Kemas Kg. Tanjong Batu Darat, Tadika Kemas Kg. Tanjong Batu Darat, Jalan Kukusan, Tadika Kemas Kg. Tanjong Batu Tengah dan Tadika Kemas Kg. Tanjong Batu Keramat.

Turut diadakan pertanding­an memasak kuih dan sayur-sayuran berasaskan ubi dan pisang, taklimat dan demontrasi pencegahan kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat cawangan Tawau dan pertanding­an mewarna kanak-kanak untuk 4-6 tahun.

 ??  ?? KANAK-kanak Tadika Kemas meraikan Hari Kemerdekaa­n sambil mengibar Jalur Gemilang.
KANAK-kanak Tadika Kemas meraikan Hari Kemerdekaa­n sambil mengibar Jalur Gemilang.
 ??  ?? HAMSIA bersama kanak-kanak Tadika Kemas.
HAMSIA bersama kanak-kanak Tadika Kemas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia