Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Puteri diminta setia kepada pemimpin, parti

-

KINABATANG­AN: Ketua Puteri Umno Kinabatang­an Dayang Norhayati Titing mengingatk­an ahli Puteri Umno bahagian untuk terus setia dan taat kepada parti dan pemimpin.

Beliau berkata, ketaatan kepadapemi­mpinmerupa­kan tradisi yang menjadi amalan ahli Umno sejak sekian lama sekali gus menjadikan parti terbesar orang Melayu itu terus kuat.

“Taat setia itu perlu supaya tidak menjadikan Umno sebagai sebuah parti yang berpecah belah. Kalau tidak ada nilai kesetiaan, apabila matlamat peribadi kita tidak tercapai, bila cita-cita peribadi tidak kesampaian, kesetiaan tidak lagi menjadi pegangan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap Mesyuarat Perwakilan Puteri Umno Kinabatang­an di Dewan Sri Pertiwi Kota Kinabatang­an.

Turut hadir Naib Ketua Puteri Umno Libaran Annabell Persian, wakil Puteri Umno Sabah serta 203 perwakilan Puteri Umno Kinabatang­an.

Majlis perasmian dirasmikan oleh Ketua Umno bahagian Kinabatang­an, Datuk Bung Moktar.

Menurut Norhayati, sebagai ahli Puteri Umno bukan mempertaha­nkan pemimpin sebagai individu tetapi juga mempertaha­nkan institusi presiden parti.

“Sekiranya institusi presiden itu goyah dan rebah, mana mungkin Umno akan dihormati dan digeruni oleh musuh. Ianya sudah pasti akan menyebabka­n rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan dan sokongan juga akan hilang.

Jelasnya, sikap taat dan setia kepada pemimpin adalah punca kejayaan parti, khususnya menjelang pilihan raya umum ke-14.

“Jika ketiadaan keserasian dan ketaatan kepada pemimpin menyebabka­n parti tidak stabil, seterusnya membawa ke arah kehancuran.

“Kita kena akur kepada ketua. Ia dilihat dan dinilai sebagai satu pasukan yang sentiasa bersatu padu. Hidup berparti ini kena berprinsip dengar dan taat kerana itulah kejayaan kita,” katanya.

Jelasnya lagi, ahli Puteri Umno perlu konsisten dalam menjaga parti untuk generasi akan datang memandangk­an pemimpin ‘boleh datang dan pergi’ namun perjuangan dan istiqamah terhadap parti kekal.

Tegas Norhayati, Puteri Umno Kinabatang­an sejak awal lagi konsisten dengan pendirian memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk di peringkat negeri Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman serta pucuk kepimpinan Ketua Umno bahagian, Datuk Bung Moktar di peringkat bahagian.

Puteri Umno Kinabatang­an turut mencadangk­an tiga usul iaitu Calon Wanita Muda diketengah­kan menjadi Calon PRU Ke 14, keahlian automatik 18 tahun hingga 35 tahun dan umur Puteri Umno dinaikkan kepada 40 tahun.

Kesemua usul telah dipersetuj­ui sebulat suara oleh semua perwakilan.

 ??  ?? NORHAYTI dan Annabell bersama jawatankua­sa Puteri Umno Kinabatang­an meraikan ulang tahun Puteri Umno ke 15 dengan acara memotong kek.
NORHAYTI dan Annabell bersama jawatankua­sa Puteri Umno Kinabatang­an meraikan ulang tahun Puteri Umno ke 15 dengan acara memotong kek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia