Utusan Borneo (Sabah)

Menjaga kebersihan tanggungja­wab semua

-

SANDAKAN: Penduduk diingatkan agar tidak meletakkan tanggungja­wab menjaga kebersihan di kawasan perumahan mereka kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) semata-mata.

Sebaliknya kata Wakil Rakyat kawasan Sekong Datuk Samsudin Yahya semua pihak perlu sama-sama berganding bahu bagi memastikan persekitar­an tempat tinggal mereka bersih dan indah.

Menurutnya, sudah tiba masa masyarakat mengubah mentaliti mereka seiring menuju kawasan perumahan yang bersih bebas daripada wabak denggi dan bersamasam­a bergotong- royong membersih kawasan perumahan mereka.

Beliau berkata demikian semasa Program Gotong Royoang kawasan Flat MPS Batu Sapi, di sini.

Tambah Samsudin, sikap dan kerjasama yang ditunjukka­n penduduk Flat MPS Batu Sapi perlu dijadikan contoh kepada persatuan perumahan lain di kawasan Parlimen Batu Sapi.

“Bukan mudah untuk mengumpul masyarakat terutamany­a pada hujung minggu namun, saya lihat program kali ini menerima sambutan memuaskan,” katanya.

Di samping itu katanya, kegiatan gotong- royong mampu memperkuku­h ikatan persaudara­an malah mempererat kerjasama sekaligus melestarik­an perpaduan yang sedia terjalin di kalangan masyarakat.

Program ini sekali gus mengeratka­n lagi hubungan rakyat dengan pemimpin, dan membolehka­n mereka bertukar- tukar fikiran serta memberi pandangan positf dalam menjayakan setiap usaha kerajaan untuk membangunk­an rakyat di kawasan DUN Sekong.

 ??  ?? SAMSUDIN bersama penghuni Flat MPS Batu Sapi bergambar kenangan.
SAMSUDIN bersama penghuni Flat MPS Batu Sapi bergambar kenangan.
 ??  ?? SAMSUDIN turun padang membersih kawasan perumahan.
SAMSUDIN turun padang membersih kawasan perumahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia