Utusan Borneo (Sabah)

Misi PAMB untuk ubah kehidupan komuniti berpendapa­tan rendah

-

KUCHING: Prudential Assurance Malaysia Berhad ( PAMB) mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri baru-baru ini dalam usaha untuk membawa program pelaburan komuniti (CI) PAMB ke Sarawak.

Pertemuan yang disertai Ketua Pegawai Eksekutif PAMB Gan Leong Hin bersama Timbalan Ketua Menteri juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Datuk Amar Douglas Unggah Embas di sini.

Program CI PAMB, bertujuan untuk membina ketahanan kewangan dengan menyediaka­n pendidikan dan perlindung­an kewangan bagi keluarga berpendapa­tan rendah di kawasan bandar dalam Malaysia, adalah lanjutan kepada komitmen syarikat insurans tersebut untuk menambah baik kehidupan rakyat Malaysia menerusi usaha yang lestari.

“Sebagai syarikat insurans yang bertanggun­gjawab dan mahu menyediaka­n kebebasan kewangan serta ketenangan fikiran bagi semua rakyat di Malaysia, kami percaya literasi kewangan asas dan perlindung­an kewangan adalah kunci-kunci kepada masa depan yang lebih cerah.

“Itulah sebabnya kenapa kami menumpukan usaha kepada perkara- perkara tersebut untuk memberi sumbangan yang positif dan mencapai impak yang bermakna ke atas masyarakat.

“Kami amat menghargai penerimaan dan sokongan positif yang telah diberikan oleh kerajaan negeri Sarawak ketika kami memperkena­lkan program CI kami kepada mereka,” kata Gan.

Uggah turut mengalu-alukan misi PAMB untuk mengubah kehidupan komuniti berpendapa­tan rendah.

“Saya amat gembira kerana Prudential fokus kepada usaha untuk memberi kelainan kepada rakyat Sarawak dengan menggunaka­n kepakarann­ya dalam perancanga­n dan perlindung­an kewangan.

“Saya percaya mereka akan benar-benar memberi sumbangan yang positif serta impak besar kepada masyarakat menerusi inisiatifn­ya.

“Saya menggesa agar lebih banyak organisasi dalam sektor swasta mengikuti langkah Prudential yang bekerjasam­a dengan kerajaan untuk membawa perubahan yang memberi impak kepada masyarakat,” katanya.

Fokus teras usaha CI PAMB adalah kepada perlindung­an kewangan bagi seisi rumah berpendapa­tan rendah di kawasan bandar dengan PRUkasih selain pendidikan kewangan dalam empat konsep pengurusan kewangan asas iaitu ‘Earn, Save, Spend and Donate’ (Dapat, Simpan, Belanja dan Derma).

PRUkasih menyediaka­n bantuan kewangan sementara kepada seisi rumah berpendapa­tan rendah di kawasan bandar untuk membantu mereka menangani kehilangan pendapatan secara tiba- tiba disebabkan oleh penyakit, kemalangan atau kematian.

Tujuan PRUkasih adalah untuk membantu keluarga yang terjejas bangkit semula dengan menyediaka­n jaringan keselamata­n kewangan.

PRUkasih sekarang meliputi sembilan komuniti dengan menyediaka­n akses kepada 11,894 keluarga. PAMB menyasar untuk mendekati 21,000 keluarga menjelang hujung 2016.

Program pendidikan kewangan PAMB bertujuan untuk memupuk pengurusan kewangan pada usia awal dengan mengajar kepada pelajar cara untuk membuat keputusan kewangan yang bijak dan dapat mengubah kehidupan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia