Utusan Borneo (Sabah)

Pesta Kuih Bulan anjuran Yeo’s, See Hua Group meriah

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad ( Yeo’s) dan See Hua Group menganjurk­an Pesta Kuih Bulan dengan menjalanka­n pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung.

Pesta berkenaan dijalankan di pusat membeli belah Suria Sabah, mendapat sambutan yang meriah daripada aktiviti- aktiviti yang dijalankan, di sini kelmarin.

Pelbagai pertanding­an juga dijalankan bagi menarik penggunjun­g datang ke pesta berkenaan dengan hadiah yang menarik.

Antara pertanding­an yang dijalankan adalah seperti mewarna, Modeling

Clay, makan terbanyak, pertanding­an bakat, rekaan tanglung, cabutan bertuah, serta permainan interaktif iaituperta­ndinganmem­akan kuih bulan mini dan Yeo’s Green Tea.

Pertanding­an mewarna yang dijalankan dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu, kategori empat hingga enam tahun, tujuh hingga sembilan tahun dan 10 hingga 12 tahun.

Bagi ketiga-tiga kategori pertanding­an mewarna, johan membawa pulang wang tunai RM200, naib johan (RM150) dan ketiga sebanyak RM 100.Manakala saguhati seramai lima orang menerima RM50.

Setiap pertanding­an yang dijalankan, pemenang menerima sijil penyertaan dan juga produk daripada Yeo’s.

Ketiga-tiga kategori juga akan membawa pulang hadiah yang sama.

Ketiga-tiga kategori yang dijalankan serentak, Amber Chee dinobatkan sebagai juara bagi kategori empat hingga enam tahun, Nur Alieya mendapat tempat kedua dan Yeong Tian Xin di tempat ketiga.

Juara bagi kategori tujuh hingga sembilan tahun pula adalah Chloe Saw, Darren Leau sebagai naib juara dan Lee San Zhen di tempat ketiga.

Manakala, kategori 10 hingga 12 tahun, Khor Jou Ching memenangi tempat pertama, Yong Jia Wen di tempat kedua dan tempat ketiga iaitu Chow Jing Xin. Bagi pertanding­an

Modelling Clay, johan disandang oleh Jack Chau, naib johan Annabel Tee dan tempat ketiga iaitu Tan Shuk Yee

Selain itu, pertanding­an makan terbanyak dijalankan yang mana ia dikira mengikut nilaimatay­angdiberik­ansetiap makanan yang berlainan.

Kenny Chong yang mendapat johan mengumpul sebanyak 1410 mata, naib johan iaitu Streisand Tan dengan mata terkumpul sebanyak 1300 dan Samuel Chang (1140 mata) di tempat ketiga.

Sementara itu, dalam pesta berkenaan, Yeo’s juga membuka kaunter jualan barangan Yeo’s dengan harga yang berpatutan.

 ??  ?? PERTANDING­AN mewarna yang disertai kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun.
PERTANDING­AN mewarna yang disertai kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun.
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) PESERTA pertanding­an makan terbanyak diberi peluang untuk melihat makanan yang ditanda dengan nilai markah.
(Gambar bawah) DARI belakang kiri: Yan, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Yeo’s Joe Wong dan Pengurus Kanan Pemasaran See Hua...
(Gambar atas) PESERTA pertanding­an makan terbanyak diberi peluang untuk melihat makanan yang ditanda dengan nilai markah. (Gambar bawah) DARI belakang kiri: Yan, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Yeo’s Joe Wong dan Pengurus Kanan Pemasaran See Hua...
 ??  ?? PENGURUS Sokongan Kawasan See Hua Marketing (Sabah) Tie King Hoh (belakang kiri) dan Pengurus Acara dan Promosi Suria Sabah Yan King Hong (belakang dua kiri) dan kakitangan Yeo’s bergambar bersama-sama pemenang pertanding­an mewarna kategori kanak-kanak...
PENGURUS Sokongan Kawasan See Hua Marketing (Sabah) Tie King Hoh (belakang kiri) dan Pengurus Acara dan Promosi Suria Sabah Yan King Hong (belakang dua kiri) dan kakitangan Yeo’s bergambar bersama-sama pemenang pertanding­an mewarna kategori kanak-kanak...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia