Utusan Borneo (Sabah)

Rousseff ikrar tentang Temer

-

BRASILIA: Bekas presiden Brazil yang dipecat Dilma Rousseff menyatakan kelmarin beliau akan meninggalk­an kediaman presiden minggu depan dan meneruskan usaha menentang penggantin­ya Michel Temer dari tempat asalnya Porto Alegre.

Pemimpin haluan kiri berusia 68 tahun itu harus meninggalk­an kediaman rasmi Alvorada di Brasilia dalam masa sebulan selepas senator mengundi Rabu lepas untuk memecatnya atas tuduhan memanipula­si secara haram bajet negara.

Dalam taklimat media pertama sejak itu, beliau mengulangi dakwaannya Temer telah mengetuai satu rampasan kuasa agar beliau didakwa.

Para peguam Rousseff telah mengemukak­an satu rayuan di Mahkamah Tinggi atas penyingkir­an itu yang didakwa didalangi Temer, bekas timbalanny­a yang kini menjadi musuh.

“Saya tidak akan tinggal di Brasilia.

“Saya akan pergi ke Porto Alegre pada awal minggu depan,” Rousseff memberitah­u taklimat wartawan asing.

“Demokrasi dibicaraka­n di samping saya.

“Malangnya, kami kalah,” kata beliau mengenai proses pendakwaan.

“Saya berharap kami boleh membinanya semula dan memastikan perkara seperti ini tidak berulang.”

Rousseff dilahirkan di bandar tengah selatan Belo Horizonte namun membina karier politiknya di bandar selatan Porto Alegre.

Anak perempuan dan cucunya masih lagi tinggal di sana dan beliau mempunyai pangsapuri di bandar.

Pendakwaan Rousseff menamatkan pemerintah­an 13 tahun Parti Buruh yang berhaluan kiri.

Temer dijangka mengetuai negara sehingga hujung penggal presiden sekarang pada 2018.

Kerajaanny­a telah mengumumka­n pelan kesederhan­aan terutama membabitka­n pencen, selain berikrar meng-hasilkan lebih banyak peluang pekerjaan dan memperkuku­h kewangan awam.

Parti Buruh kelmarin menyeru pilihan raya lebih awal untuk melantik seorang ketua baharu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia