Utusan Borneo (Sabah)

SOP bakal tangani kes dera, rogol kanak-kanak

-

KUCHING: Sarawak bakal menampilka­n Prosedur Operasi Standard ( SOP) dalam masa terdekat bagi membantu mangsa keganasan rumah tangga selain kes rogol serta penderaan terhadap kanak-kanak.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Masyarakat Datuk Fatimah Abdullah berkata, SOP hasil pemuafakat­an kementeria­nnya bersama beberapa agensi kerajaan berkaitan.

“Hasil permuafaka­tan kementeria­n bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Pembanguna­n Sosial serta Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak akan mewujudkan SOP dalam masa terdekat.

“SOP ini bagi membantu mangsa keganasan rumah tangga atau kes penderaan kanak-kanak serta rogol agar mereka dapat mendapatka­n rawatan serta bantuan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri taklimat Majlis Pembanguna­n Wanita dan Keluarga Sarawak (MPWKS) di Wisma Wanita di sini, pada Jumaat.

Tambah Fatimah, antaranya seperti rawatan kesihatan sama ada fizikal atau kaunseling, bantuan kebajikan selain untuk membuat laporan.

Katanya SOP juga bertujuan bagi menggalakk­an lagi mangsa keganasan rumah tangga atau penderaan tampil membuat laporan agar pelaku atau pemangsa dapat dibawa ke muka pengadilan.

“SOP akan membantu mangsa tampil membuat laporan di mana ia juga akan membantu memberi panduan kepada mangsa agensi mana yang perlu mereka dapatkan,” tegasnya.

Mengulas lanjut mengenai empat kes culik serta rogol melibatkan kanak- kanak di Sarawak baru-baru ini, Fatimah menyatakan ia adalah kes yang perlu ditangani bersama semua pihak.

Kata beliau, terutama sekali ibu bapa harus mempunyai perasaan waswas dan jangan memberi 100 peratus kepercayaa­n walaupun ahli keluarga sendiri untuk mengambil atau membawa anak mereka.

“Perlu ada perasaan waswas memastikan anak kita selamat termasuk ahli keluarga kita sendiri, ini kerana kebanyakka­n kes rogol melibatkan kanak- kanak atau bawah umur adalah pelakunya dikenali oleh mangsa sendiri,” katanya.

Jelas Fatimah, bagi mangsa kes rogol atau penderaan kementeria­n melalui JKM akan memberi kaunseling kepada mangsa selain kaunseling oleh pihak hospital.

Mengenai taklimat MPWKS katanya Sarawak menerima peruntukan daripada kerajaan persekutua­n melalui Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyrakat bagi menjalanka­na dua program mereka di setiap parlimen di negeri ini.

Fatimah berkata, setiap pengerusi MPWKS di setiap Parlimen menerima peruntukan berjumlah RM8,000 untuk menganjurk­an dua program yang masing- masing mendapat RM4,000 setiap program berasaskan keluarga dan wanita.

 ??  ?? FATIMAH (depan dua kanan) bersama Ahli Parlimen Kota Samarahan juga Pengerusi MPWKS Kota Samarahan, Rubiah Wang (depan, kanan) dan Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak, Noriah Ahmad (depan dua kiri) semasa sidang media selepas taklimat.
FATIMAH (depan dua kanan) bersama Ahli Parlimen Kota Samarahan juga Pengerusi MPWKS Kota Samarahan, Rubiah Wang (depan, kanan) dan Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak, Noriah Ahmad (depan dua kiri) semasa sidang media selepas taklimat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia