Utusan Borneo (Sabah)

Potensi besar, ceburi bidang penternaka­n lembu

Sarawak mempunyai pasaran luas kerana sukar mendapatka­n bekalan daging pada musim tertentu

-

KUCHING: Masyarakat tempatan digalak untuk mencebur diri dalam ternakan lembu ladang kerana potensi menjadi pembekal kepada negeri ini amat besar.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bidang berkenaan dilihat mempunyai pasaran besar di negeri ini memandangk­an kini negeri ini agak sukar mendapatka­n bekalan daging terutamany­a pada musim tertentu.

“Kita amat menggalak mereka berminat menjadi penternak lembu pada masa akan datang bagi memenuhi kehendak musim tertentu sekali gus dapat menurunkan harga daging di negeri ini.

“Cabaran kita di Sarawak biasanya adalah bekalan untuk mendapatka­n lembu terutama Hari Raya Korban, kadangkala kita perlu membeli seekor lembu dengan harga pada kadar RM6,000 hingga RM7,000 di luar kemampuan rakyat,” katanya.

Beliau juga Ahli Parlimen Santubong berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas simbolik Penyerahan Sumbangan Lembu Korban Parlimen Santubong di Kandang Penternaka­n Jabatan Pertanian di Jalan Bako di sini, pada Jumaat.

WanJunaidi­menyerahka­n40 ekorlembub­ernilaiRM2­16,000 kepada beberapa kampung di Parlimen Santubong termasuk tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjung Datu, Pantai Damai dan Demak Laut.

Sementara itu terdahulu dalam ucapannya beliau berkata, Sarawak tidak mempunyai ladang- ladang ternakan lembu seperti di negeri atau negara lain.

“Saya merasakan ternakan lembu ladang ini perlu diteroka masyarakat kita kerana ia bukan sahaja meningkatk­an ekonomi mereka bahkan juga memudahkan ibadah korban dimana kita hanya mendapatka­n bekalan tempatan,” katanya.

Beliau memberitah­u antara kawasan lapang yang berpotensi dalam ternakan berkenaan termasuk di Telaga Air.

Tambahnya, penternak yang berjaya juga boleh mengembang­kan perniagaan mereka dengan mengekspor­t produk ke negara memerlukan di masa akan datang.

 ??  ?? WAN Junaidi serta isterinya Datin Seri Feona Junaidi melawat kandang penternaka­n Jabatan Pertanian di Jalan Bako sebelum majlis simbolik penyerahan Sumbangan Lembu Korban kepada kampung di Parlimen Santubong.
WAN Junaidi serta isterinya Datin Seri Feona Junaidi melawat kandang penternaka­n Jabatan Pertanian di Jalan Bako sebelum majlis simbolik penyerahan Sumbangan Lembu Korban kepada kampung di Parlimen Santubong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia