Utusan Borneo (Sabah)

Pemburuan tempat ke Piala Dunia Rusia 2018 bermula hari ini

-

PARIS: Tepat lapan minggu selepas Eder merembat masuk gol kemenangan untuk Portugal dalam perlawanan akhir Euro 2016 menentang Perancis, negara-negara Eropah memulakan perjalanan ke Piala Dunia 2018 di Rusia pada hari ini (Ahad).

Daripada 24 pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan Euro, 10 sudah menukar jurulatih sejak itu, termasuk Rusia.

Sebagai tuan rumah, mereka tidak akan terlibat pada peringkat kelayakan, tetapi negara lain di Eropah akan merebut sembilan tempat kelayakan secara langsung sebagai juara kumpulan, manakala lapan naib juara kumpulan terbaik bermain dalam perlawanan play-off pada November 2017 untuk merebut baki empat tempat.

Bekas penjaga gol antarabang­sa Julen Lopetegui menggantik­an Vicente del Bosque sebagai jurulatih juara Piala Dunia 2010 Sepanyol.

Dia bermula dengan perlawanan pembukaan dalam Kumpulan G di halaman sendiri menentang Liechtenst­ein sebelum melakukan perjalanan ke Itali pada Oktober.

Pasukan Azzurri menyingkir­kan Sepanyol pada peringkat 16 terakhir di kejohanan Euro sebelum mereka tewas dalam penentuan tendangan penalti kepada Jerman pada peringkat suku akhir.

Sejak itu Giampiero Ventura yang berusia 68 tahun sudah tiba dari Torino untuk menggantik­an Antonio Conte yang menyertai Chelsea dan perlawanan kompetitif pertamanya adalah di Israel esok (Isnin).

England juga ada peneraju baharu Sam Allardyce yang ditugaskan untuk mengubah nasib mereka ekoran penyingkir­an mereka yang memalukan dari Euro 2016 di tangan Iceland.

“Kita akan memasuki peringkat kelayakan, cuba layak ke Piala Dunia dan apabila kita bermain pada lain kali, kita akan lebih bersiap sedia, saya rasa dari segi mental, untuk berjaya,” kata Allardyce selepas pelantikan­nya.

Pasukan Allardyce berada dalam Kumpulan F di mana mereka boleh menanti-nantikan pertemuan kompetitif pertama dengan musuh lama Scotland sejak 1999. Namun mereka bermula dengan jadual yang mungkin paling sukar bagi mereka, satu perjalanan untuk menentang Slovakia.

Scotland bermula di Malta manakalaSl­oveniadanL­ithuania melengkapk­an kumpulan.

Penyingkir­an pasukan Belgium yang dibarisi pemain bintang pada peringkat suku akhir di Euro 2016 membawa kepada pengundura­n jurulatih Marc Wilmots dan bekas pengurus Everton dari Sepanyol Roberto Martinez mengambil alih tempatnya dengan legenda Perancis Thierry Henry sebagai salah seorang penolongny­a.

Pasukan ‘The Red Devils’ berada dalam Kumpulan H dan memulakan kempen di Cyprus.

Di Kiev, bekas penyerang legenda Andrei Shevchenko membimbing Ukraine untuk menentang Iceland dalam Kumpulan I yang turut mengandung­i pasukan kebangsaan Croatia dan Turki.

Joachim Loew kekal sebagai pengurus juara dunia sekarang Jerman tetapi mereka ada kapten baharu untuk perlawanan pembukaan mereka menentang Norway di Oslo dalam Kumpulan C selepas penjaga gol Manuel Neuer menggantik­an pemain tengah yang baharu bersara Bastian Schweinste­iger.

Bagi Portugal pula, Fernando Santos masih memegang teraju ketika juara baharu benua Eropah itu bersiap sedia untuk bertandang ke Switzerlan­d dalam Kumpulan B.

Portugal bertandang tanpa Cristiano Ronaldo yang masih belum pulih dari kecederaan lutut yang menyebabka­nnya dikeluarka­n dalam perlawanan akhir Euro tetapi jurulatih mereka berkata mereka tidak rasa tertekan.

“Portugal adalah juara Eropah sehingga 2020. Sehingga itu kami akan sentiasa menjadi juara, dan hanya ketika itulah, di Euro seterusnya, kami memikul tanggungja­wab untuk mempertaha­nkan kejuaraan,” kata Santos.

“Buat masa sekarang, tekanan tidak ada. Kami mahu menduduki tempat teratas dalam kumpulan kami dan layak secepat mungkin untuk Piala Dunia.”

Wales, yang mara ke peringkat separuh akhir di Euro, memulakan kempen di negara sendiri menentang Moldova dalam Kumpulan D yang turut memaparkan Austria, Serbia dan Republik Ireland.

Sementara itu Perancis bermula di Belarus dalam Kumpulan A yang menjanjika­n sesuatu yang benar-benar menarik, dengan Belanda yang ingin sekali melupakan kegagalan mereka untuk mara ke Euro 2016 dan Sweden yang memulakan era baharu tanpa Zlatan Ibrahimovi­c yang sudah bersara pada peringkat antarabang­sa.

Selain itu dua negara terlibat buat pertama kalinya pada peringkat kelayakan.

Selepas kempen Euro 2016 yang menyaksika­n mereka tewas dalam kesemua 10 perlawanan kelayakan dan dibolosi 56 gol, Gibraltar mendapati diri dalam Kumpulan H dan melayan Greece di Faro, Portugal pada Selasa ini.

Sehari sebelum itu, sejarah akan dicipta di Turku apabila Kosovo bermain dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia mereka yang julung kali menentang Finland dalam Kumpulan I.

Kosovo, seperti Gibraltar, dimasukkan ke dalam FIFA pada Mei lalu dan skuad mereka turut dianggotai penyerang Albert Bunjaku yang bermain untuk Switzerlan­d di Piala Dunia 2010 tetapi sudah dibenarkan oleh FIFA untuk mewakili negara kelahirann­ya. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia