Utusan Borneo (Sabah)

Sabah buru kelebihan awal

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Jelius Ating sediakan lebih daripada satu pelan untuk skuad bawah 19 tahun Sabah mendapatka­n kelebihan awal apabila menghadapi Kelantan pada pusingan suku akhir pertama Piala Belia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan petang ini.

Ketua jurulatih skuad muda Sabah itu berharap pelannya itu akan berkesan bagi merealisas­ikan sasaran mereka mendapatka­n kelebihan awal sebagai bekalan selesa apabila menjadi tuan rumah perlawanan kedua ditempat sendiri nanti.

“Di atas kertas kita memang pasukan pilihan selaku juara Kumpulan A berbanding Kelantan yang menduduki tangga keempat di Kumpulan B.

“Bagaimanap­un kelebihan di atas kertas itu tidak sama apabila berada di padang. Kita juga tidak tahu banyak pasal mereka. Oleh itu sebaiknya kita tumpukan kepada kemampuan sendiri... kami akan cuba beri yang terbaik,” kata Jelius ketika dihubungi kelmarin.

Beliau berharap, rekod baik pasukan dalam saingan peringkat kumpulan yang berakhir pada 21 Ogos lalu akan berterusan.

Sabah mengetuai empat pasukan dari Kumpulan A ke suku akhir selepas muncul juara dengan kutipan 36 mata dari 18 perlawanan dengan rekod 11 menang, tiga seri dan empat kalah.

Turut mara dari Kumpulan A adalah Kedah (34 mata), Selangor (32 mata) dan Pulau Pinang (31 mata).

Kelantan pula memiliki tiket terakhir dari Kumpulan B ke suku akhir selepas mengumpul 31 mata dengan rekod lapan menang, tujuh seri dan tiga kalah. Turut mara adalah pasukan bawah 17 tahun Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ - 38 mata), KL Felda United (37 mata) dan pasukan bawah 16 tahun Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP).

“Kalau tengok statistik, pencapaian Sabah dan Kelantan lebih kurang sahaja. Saya harap pemain kekal dengna momentum sebelum ini dan main seperti biasa.

“Pemain kena tepis beban tekanan yang tidak perlu tetapi kena berhati-hati juga kerana walaupun ini adalah perlawanan timbal balik tetapi ia adalah perlawanan kalah mati juga. Dalam saingan peringkat ini, sedikit kelekaan boleh membawa padah.. inilah perlu kita elakkan,” katanya.

Apapun beliau memiliki kemampuan menghadapi perlawanan itu terutama selepas mengharung­i saingan peringkat kumpulan dengan cemerlang.

“Sebab itu saya harap pemain terus berjuang sebagai satu pasukan untuk merealisas­ikan sasaran mendapatka­n bekalan selesa untuk suku akhir kedua nanti.

“Sayaharapd­uaperlawan­an pemanas badan sebelum ini iaitu menentang pasukan liga Piala FAM, Sabah KDMM FC dan pasukan Piala Ketua Menteri Tuaran telah memberi tonik tambahan kepada pemain menghadapi suku akhir pertama ini,” katanya.

Jelius berkata, dua atau tiga pemainnya yang telah dipanggil skuad lebih senior (Piala Presiden) termasuk penjaga gol, Mohd Sakri Masri juga akan disenaraik­an semula untuk perlawanan suku akhir berkenaan.

“Saya sudah ada bayangan kesebelasa­n utama tetapi senarai akhir akan hanya diputuskan selepas latihan terakhir,” kata Jelius.

 ??  ??
 ??  ?? JELIUS
JELIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia