Utusan Borneo (Sabah)

Jerman ada ruang perbaiki diri: Neuer

-

BERLIN: Kapten baharu Manuel Neuer berkata Jerman ada ruang untuk membaiki diri apabila juara dunia itu memulakan perjalanan mereka ke Piala Dunia 2018 pada hari ini (Ahad) dalam perlawanan pembukaan kelayakan mereka menentang Norway.

Laluan Jerman ke kejohanan akhir di Rusia bermula di Stadium Ullevaal, Oslo dan mereka turut berdepan dengan Republik Czech, Ireland Utara, Azerbaijan dan negara kecil San Marino dalam Kumpulan C bagi kempen kelayakan mereka.

Namunselep­asmemenang­i sembilan perlawanan, dan seri hanya satu sahaja, daripada 10 perlawanan kelayakan mereka untuk layak ke Piala Dunia 2014, standard turun dalam perlawanan kelayakan mereka bagi Euro 2016.

Mereka mengalami kekalahan di tempat lawan kepada Poland dan Ireland dalam perjalanan ke kejohanan Eropah pada Jun lalu di Perancis, tetapi masih menduduki tempat teratas dalam kumpulan mereka, dan Neuer berkata ‘ die Mannschaft’ dapat bermain dengan lebih baik dalam perjalanan ke Rusia.

“Kami tidak begitu mengenali Norway kerana kami tidak kerap menentang mereka sejak beberapa tahun yang lalu tetapi kami sudah menganalis­a mereka dan mahu memastikan kami mengutip tiga mata di Oslo,” kata Neuer, penjaga gol Bayern Munich.

“Kami tidak menikmati kejohanan kelayakan yang terbaik untuk Euro 2016, jadi ruang ada untuk memperbaik­i diri.

“Kami sangat bermotivas­i. Kami mahu memenangi keempat-empat perlawanan yang kami ada sehingga November,” tambahnya, dengan perlawanan di halaman sendiri menentang Republik Czech dan Ireland Utara sebelum San Marino di tempat lawan turut dalam jadual.

Selepas dilantik untuk menggantik­an tempat Bastian Schweinste­iger sebagai kapten Jerman pada Khamis lepas, Neuer berkata dia berbesar hati untuk menggantik­an secara tetap bintang Manchester United itu dan Philipp Lahm, yang mengetuai Jerman untuk memenangi kejuaraan Piala Dunia 2014.

“Saya terutamany­a bangga untuk menjadi kapten. Philipp Lahm melakukan kerja yang hebat, sama seperti Bastian, dan saya harap saya dapat mengikuti jejak langkah mereka,” kata Neuer selepas Schweinste­iger bermain dalam perlawanan antarabang­sa terakhirny­a dalam kemenangan 2-0 Rabu lepas dalam perlawanan persahabat­an dengan Finland.

Selepas pertama kali bermain pada peringkat antarabang­sa pada 2009, dalam kemenangan 7-2 ke atas Emiriah Arab Bersatu di Dubai, Neuer sudah 25 kali menjaga gol tanpa dibolosi sebarang gol dalam 71 penampilan­nya bersama Jerman.

Walaupun dilantik untuk menjadi kapten tetap, perlawanan kelayakan di Oslo sebenarnya adakan perlawanan antarabang­sa ke-15 di mana Neuer telah menjadi kapten bagi pasukan kebangsaan.

Dia turut menjadi kapten dalam lima daripada enam perlawanan Jerman di Euro 2016 pada Jun lalu selepas Schweinste­iger menjadi pemain simpanan kerana belum begitu pulih dari kecederaan lutut. – AFP

 ??  ?? NEUER
NEUER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia