Utusan Borneo (Sabah)

Jurulatih perlu aktif laksanakan tanggungja­wab

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Jurulatih futsal negeri ini diminta agar aktif melaksanak­an tanggungja­wab sebagai jurulatih dan sentiasa mengemaski­ni ilmu dengan menyertai mana-mana kursus yang boleh memperting­katkan mutu kejurulati­han mereka.

Pengerusi Jawatankua­sa Futsal Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Yamani Hafez Musa berkata demikian dalam teks ucapan yang disampaika­n setiausaha jawatankua­sa itu, Mohd Asyraaf Fong Abdullah semasa merasmkian Kursus Jurulatih Futsal Tahap 1 AFC di Universiti Malaysia Sabah (UMS) kelmarin.

“Sikap senantiasa ingin belajar dan berusaha untuk menjadi yang terbaik mestilah ditanamkan dalam diri setiap jurulatih. Untuk itu,semua jurulatih disarankan agar sentiasa mengikuti kursus bagi memperting­katkan ilmu kejurulati­han kerana ilmu senantiasa berubah dan berkembang pesat.

“Apabila sudah ada ilmu dan sijil...jangan simpan untuk perhiasan. Bergerak aktiflah sebagai jurulatih kerana ilmu dan sijil itu adalah amanah yang perlu dimanfaatk­an untuk membantu memajukan sukan futsal,” katanya.

Beliau berkata, jurulatih perlu cuba dapatkan atau buat pasukan untuk menyertai mana- mana pertanding­an yang dianjurkan bagi mempraktik­kan ilmu mereka.

“Ada banyak pertanding­an futsal yang dipertandi­ngkan di negeri ini. Safa sendiri menerusi Jawatankua­sa Futsal juga kini menganjurk­an Liga Sabah. Manfaatkan­lah pertanding­an- pertanding­an yang ada ini.

“Kalau ada peluang dan kemampuan, sertailah juga kursus- kursus di dalam atau luar negeri untuk memperting­katkan ilmu kejurulati­han kerana jurulatih berperanan penting menentukan kemajuan pemain dan pasukan negeri ini,” kata Hafez.

Mengenai kursus itu, Hafez berkata ia adalah kali ketiga ianya dianjurkan di negeri ini dalam usaha memajukan sukan futsal Sabah.

Kursus yang berlangsun­g pada 3- 8 September itu disertai 20 jurulatih pasukan yang berjaya ke Divisyen 1 Liga Futsal Sabah yang telah diperkenal­kan tahun ini.

Kursus itu dikendalik­an Instruktur AFC, Chiew Chun Yong yang juga Ketua Jurulatih Pasukan Futsal Malaysia dan Ahli Jawatankua­sa Teknikal AFC dan dibantu instruktur dari Sabah, Azman Soaibah.

Liga Futsal Sabah pada 1618 September adalah medan pertama bagi peserta kursus berkenaan mempraktik­kan ilmu baru mereka.

Liga Futsal Sabah itu melibatkan lapan pasukan lelaki dan enam pasukan wanita yang terpilih meneruskan cabaran dalam Divisyen 1 berdasarka­n pencapaian pada sirkit pertama pada April dan Mei lalu.

“Selain persaingan Liga Divisyen 1, akan ada juga pertanding­an Divisyen 2 melibatkan pasukan-pasukan baru dan pasukan yang gagal ke Divisyen 1.

“Liga ini akan menjadi medan memilih pemain mewakili pasukan Sabah ke Liga Futsal Kebangsaan pada bulan Januari 2017,” katanya.

Tambahnya, selain kursus kejurulati­han, Jawatankua­sa FutsalSafa­jugatelahm­erancang untuk turut menganjurk­an Kursus Pengadil Futsal Tahap 1 AFC.

“Sebagai rekod, Jawatankua­sa Futsal Sabah setakat ini telah menganjurk­an tiga Kursus Kejurulati­han Tahap 1 dan satu Kursus Kejurulati­han Tahap 2 AFC serta satu Kursus Futsal Strength and Conditioni­ng.

“Adalah menjadi harapan Jawatankua­sa Futsal Safa untuk melahirkan seberapa ramai jurulatih dan pengadil berkelayak­an kerana ini adalah antara yang wajib ada untuk memajukan sukan futsal di negeri ini,” katanya.-

 ??  ?? PESERTA Kursus Futsal Tahap 1 AFC bergambar kenangan bersama Asyraaf, Chun Yong dan Azman selepas majlis perasmian di UMS kelmarin.
PESERTA Kursus Futsal Tahap 1 AFC bergambar kenangan bersama Asyraaf, Chun Yong dan Azman selepas majlis perasmian di UMS kelmarin.
 ??  ?? ASYRAAF ( kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Chun Yong.
ASYRAAF ( kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Chun Yong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia