Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja ladang dijumpai mati dengan 12 tetakan

- TEPPO Oleh YUSOP

KINABATANG­AN: Seorang lelaki pekerja ladang ditemui mati di kawasan perumahan Ladang Permodalan 1 di sini dengan 12 kesan tetakan, malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Superinten­den A. Sahak Rahmat berkata, mangsa berumur 26 tahun berbangsa Visaya ditemui mati tertiarap dengan 12 tetakan di bahagian badan, tengkuk, kepala dan bahu.

“Pihak polis telah menerima satu laporan kira-kira jam 8.18 malam dari pengurus ladang berkenaan mengatakan seorang pekerjanya dijumpai tertiarap berlumuran darah di kawasan perumahan ladang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan polis di tempat kejadian mendapati mangsa mengalami kecederaan dengan kesan tetakan.

“Mengikut keterangan seorang penghuni perumahan (jiran mangsa) mendengar jeritan meminta tolong dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu,” katanya.

Jiran mangsa bagaimanap­un tidak terlihat berlakunya pergaduhan dan hanya melihat sepintas lalu seorang lelaki berlari memegang parang.

Takut dengan keadaan itu jiran mangsa bertindak melarikan diri dari tempat kejadian dan bersembuny­i.

“Kira-kira 12.40 tengah malam, pihak polis telah menahan seorang lelaki 23 tahun yang merupakan ipar mangsa,” katanya.

Sahak berkata, pihak polis telah menjumpai sebilah parang yang disembunyi­kan di dalam parit kawasan blok ladang berkenaan.

“Siasatan ke atas isteri mangsa mengatakan sebelum ini mangsa dan suspek tidak pernah bertelingk­ah atau bergaduh,” katanya.

Mayat mangsa kemudianny­a dihantar ke Hospital Daerah Kinabatang­an untuk dibedah siasat.

“Pihak polis masih menjalanka­n siasatan motif kes kejadian dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia