Utusan Borneo (Sabah)

Waspada dengan tindak-tanduk ‘agas-agas politik’: Salleh

-

KOTA BELUD: Bendahari Umno Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatk­an anggota Umno agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap tindaktand­uk beberapa individu yang dikiaskann­ya sebagai ‘agas-agas politik’ yang cuba merosakkan parti dengan mempolemik­kan pelbagai isu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata beberapa ‘agas-agas politik’ yang dahulunya bersama-sama dalam perjuangan Umno, tetapi kini berpatah arang, telah bersekongk­ol dengan pembangkan­g dengan meniupkan pelbagai sentimen semata-mata untuk meraih simpati umum agar kekal mendapat perhatian.

“Kita harus bangkit dan menentang orang-orang ini, yang menjadi dalang dan petualang, merosakkan parti Umno, dan cubacuba menenggela­mkan bahtera Umno dengan mempolemik­kan cerita-cerita seperti 1MDB dan ‘derma’, DOJ dan rasuah, serta berbagai-bagai lagi helah politik yang cuba diputar belit.

“Orang- orang yang sudah berpaling tadah ini, yang berkelana membawa jiwa yang bercelaru, bukanlah pejuang sejati, tapi sebaliknya seperti burung helang yang terbang sekadar mengintaii­ntai peluang, apabila mendapat maka dibawanya pulang, tetapi apabila tidak mendapat, maka dia pun terbang menghilang,” katanya ketika menyampaik­an amanatnya pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kota Belud di sini kelmarin.

Salleh yang juga Timbalan Ketua Perhubunga­n Umno Sabah turut mengibarat­kan golongan ini sebagai ‘ular bertukar kulit’ kerana wataknya bertukar 90 darjah sebaik sahaja ‘bertukar kulit’ yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhka­n kerajaan secara tidak demokratik.

“Kalau dahulu tidak pernah pun bersuara memperjuan­gkan hak Sabah, tapi kini tiba- tiba cuba menjadi hero. Kalau dulu hanya berdiam sepi, tapi kini sibuk menjelajah ke seluruh negeri. Kalau dahulu mereka menjulang mempertaha­nkan pimpinan, tapi kini melaungkan slogan menukar pemimpin dan kerajaan yang dipilih,” katanya.

Menurut Salleh, untuk menukar sesuatu kerajaan, ia tidak boleh dilakukan secara sewenang- wenangnya seperti prinsip menukar baju kerana negara ini mengamalka­n sistem demokrasi berparlime­n, undangunda­ng dan perlembaga­an, sistem perundanga­n dan kehakiman yang harus didukung dan dijunjung sepenuhnya oleh rakyat.

Bagaimanap­un katanya golongan ‘ agas- agas politik’ yang kecewa itu kini berusaha menjatuhka­n kerajaan dengan menggambar­kan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang tidak boleh dijadikan sandaran meskipun Umno dan BN lah yang meletakkan mereka pada kedudukan sekarang.

Menurutnya, tidaklah keterlalua­n untuk menyifatka­n golongan berkenaan sebagai sudah lupa daratan serta dijangkiti penyakit ‘alzheimer politik’ yang mana mereka lupa akan jasa Umno yang memberi kehidupan kepada mereka selama ini.

Mengenai mesyuarat tahunan Umno berkenaan, Salleh yang juga Ketua Umno Bahagia Kota Belud berkata ia seharusnya dijadikan sebagai platform untuk menjelaska­n isu-isu semasa kepada anggota parti di peringkat akar umbi bagi membolehka­n mereka memahami isu berkenaan agar tidak mudah terkeliru dengan sebarang tohmahan pembangkan­g.

Salleh juga mengingatk­an anggota Umno agar menggunaka­n media sosial dengan bijaksana serta tidak terikut-ikut dan terpengaru­h dengan sikap pihak tertentu menyalahgu­nakan kebebasan menggunaka­n alat komunikasi itu untuk menabur fitnah serta mengaibkan orang lain termasuk pemimpin. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia