Utusan Borneo (Sabah)

Salleh ucap terima kasih kepada semua pihak terlibat jayakan sambutan Hari Kebangsaan

-

KOTA BELUD: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengucapka­n terima kasih kepada semua agensi Kerajaan Persekutua­n serta pihak swasta yang telah berganding bahu menjayakan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos lepas.

Salleh yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Induk sambutan berkenaan berkata melalui kerjasama semua pihak, majlis sambutan termasuk perbarisan Hari Kebangsaan berkenaan berjalan dengan jayanya.

“Alhamdulil­lah, perbarisan Hari Kebangsaan 2016 berjalan dengan lancar dan meriah sambutanny­a berkat daripada kerjasama semua pihak yang masing-masing telah menjalanka­n tugas dan tanggungja­wabnya untuk memastikan agar perjalanan perbarisan berjalan dengan baik,” katanya.

Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaik­an amanatnya sempena Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kota Belud di sini hari ini kelmarin.

Katanya kerajaan juga mengucapka­n terima kasih kepada semua penaja, sukarelawa­n Sehati Sejiwa serta pertubuhan bukan kerajaan yang turut sama menjayakan sambutan berkenaan.

Selain merakamkan penghargaa­n atas peranan pihak pasukan keselamata­n yang telah berjaya memastikan perjalanan majlis sambutan dalam keadaan harmoni, Salleh turut mengucapka­n terima kasih kepada semua kerajaan negeri yang turut menyumbang menjayakan sambutan Hari Kebangsaan itu.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia