Utusan Borneo (Sabah)

‘Sabah for Sabahan’ rosakkan perpaduan

-

TAWAU: Ungkapan ‘Sabah for Sabahan’ tidak akan menjamin kemajuan seseorang individu dan negeri secara keseluruha­nnya, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Menurutnya, ungkapan itu hanya akan merosakkan perpaduan yang telah dibina sekian lama, selain boleh membawa kepada perpecahan antara masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Justeru katanya, apa yang ingin kita lahirkan ialah golongan masyarakat berkualiti dan berfikiran global kerana kita bukan sahaja akan bersaing di peringkat tempatan, bahkan akan melangkaui dunia luar yang sudah tidak mempunyai sempadan.

“Sekiranya kita berkomprom­i tentang kualiti dan bersaing hanya kerana ‘Sabah for Sabahan’ kita akan kehilangan kualiti kerana kita akan hanya bersaing di kalangan kita sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Sambutan Bulan Kemerdekaa­n Sehati Sejiwa anjuran Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) Kampung Batu Payung dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan ( SK) Batu Payung di Dewan Mini Kampung Batu Payung, di sini.

Turut Hadir, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat ( PPM) Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas Sarman Amat Simito dan Pengerusi KRT Batu Payung Amat Salleh.

Oleh hal yang demikian katanya, kanak- kanak dan golongan muda harus diberikan pendedahan berhubung kepentinga­n sambutan bulan kemerdekaa­n kerana ia merupakan senjata ampuh dalam melahirkan masyarakat berkualiti pada masa hadapan.

Pada masa yang sama, Tawfiq yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri ( Adun) Apas berharap program seumpama ini juga hendaklah diadakan di daerah mahupun kampung lain bagi menanamkan semangat cintakan negara khususnya kepada generasi belia.

 ??  ?? TAWFIQ menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang pertanding­an menghias rumah sempena menyambut bulan kemerdekaa­n.
TAWFIQ menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang pertanding­an menghias rumah sempena menyambut bulan kemerdekaa­n.
 ??  ?? TAWFIQ disambut oleh penduduk kampung.
TAWFIQ disambut oleh penduduk kampung.
 ??  ?? KANAK- kanak berpakaian Jalur Gemilang.
KANAK- kanak berpakaian Jalur Gemilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia