Utusan Borneo (Sabah)

Sokong pelan tambah keanggotaa­n Umno: MB Pahang

-

PEKAN: Anggota Umno Pahang perlu menyokong dan melaksanak­an pelan yang dirangka Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Umno bagi menambah seramai mungkin anggota sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, tidak lama lagi.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pelan di bawah biro kelolaan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim itu dilihat sangat praktikal, realistik dan mampu dicapai, jika semua pihak memberikan kerjasama yang baik.

“Kita mesti pastikan kita mengambil pendekatan untuk memenangi hati rakyat kerana pilihan raya akan datang penting untuk kita. Dalam politik kita perlu menang untuk terus membantu rakyat,” katanya.

Adnan berkata demikian semasa berucap pada Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini kelmarin, yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Ketua Umno Pekan Datuk Abu Bakar Harun, Ketua Umno Bahagian Maran Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang Datuk Seri Ishak Muhammad.

Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Pahang turut menasihatk­an anggota Umno untuk tidak terlalu terpengaru­h dengan perkembang­an baharu dalam politik kerana ‘perselisih­an faham dalam politik adalah perkara biasa’.

“Dalam politik mesti ada kemelut, kelam kabut dan perebutan. Sejak dahulu lagi kita sudah perhatikan perkara ini, namun dahulu kita tidak pernah melihat orang menggunaka­n kelemahan peribadi untuk menghentam, sebaliknya semua atas isu politik.

“Tetapi sekarang ini, benda yang tidak ada pun boleh diadakan-adakan. Tapi yang penting adalah kita bersabar dan ini yang akan membawa kejayaan kepada parti kita,” katanya.

Sementara itu, Abu Bakar dalam ucapannya menyatakan sokongan penuh anggota Umno Pekan kepada Najib yang juga Presiden Umno yang banyak menghadapi ujian dan perkara tidak benar yang diviral di media sosial. -Bernama

 ??  ?? NAJIB (tengah) menaikkan bendera UMNO ketika hadir merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Pekan 2016 di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, kelmarin. -Gambar Bernama
NAJIB (tengah) menaikkan bendera UMNO ketika hadir merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Pekan 2016 di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, kelmarin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia