Utusan Borneo (Sabah)

Perniagaan harta karun

Usahawan barang antik miliki khazanah berusia ratusan tahun

- Oleh ABDUL RAZAK DATU LAJABITI (Pelatih UMS)

SIAPA sangka hanya dengan melihat tajau yang digunakan oleh masyarakat Sabah, minat untuk mendalami produk berkaitan tajau dan barangan antik terdetik dalam diri Mohd Hasim Kasala, 56.

Bermula dari detik itu, anak jati kelahiran Johor ini giat mengumpul barangan antik di Sabah hingga berjaya menjadi salah seorang usahawan barangan antik terkenal di negeri ini.

Selepas hampir 18 tahun berkecimpu­ng sebagai peniaga dan juga pencinta barang antik, kini Mohd Hasim memiliki koleksi barangan antik yang mencecah usia ribuan tahun.

Beliau bukan sahaja menyimpan barangan antik sebagai koleksi peribadi tetapi turut menjualnya sebagai pendapatan sampingan.

Antara koleksi yang dimilikiny­a termasukla­h tembikar dan tembaga dari pelbagai negara.

“Saya juga mempunyai koleksi barangan yang berusia kira-kira 200 tahun dan pernah digunakan oleh lanun di Sepanyol.

“Selain itu, koleksi pedang yang pernah digunakan oleh pahlawan Jepun serta topi berharga yang diperbuat daripada ikan buntal antara barangan yang berada dalam simpanan koleksi saya,” katanya yang mula berhijrah ke Sabah sejak berumur 16 tahun lagi.

Menurutnya tajau yang pertama dilihatnya dipercayai dibawa masuk dari China dan sejak itulah tercetus hobi baharu untuk mengumpul barang-barang antik dari negara China.

“Semuanya bermula sejak saya berumur 21 tahun apabila saya melihat tajau yang digunakan oleh masyarakat Sabah pada masa itu untuk dijadikan sebagai tempat memerap tapai.

“Walaupun dari pandangan mata kasar, tajau itu dilihat tidak mempunyai sebarang keistimewa­an, tetapi bagi saya ia satu harta yang mempunyai nilai tersendiri.

“Setiap barangan antik mempunyai sejarah tersendiri termasukla­h dari segi pembuatan dan asalusul sesuatu khazanah yang tidak diketahui ramai,” jelasnya ketika ditemui

Utusan Borneo di kedainya di Wisma Merdeka baru-baru ini.

Katanya hobi untuk mencari barang antik bukan senang, lebih-lebih lagi jika barangan antik itu sudah berusia ratusan tahun.

“Pada awalnya, saya hanya membeli barang antik daripada penduduk sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan juga daripada penjual barangan antik lain.

“Tetapi dengan azam dan minat yang tinggi pada masa itu, akhirnya saya berjaya merealisas­ikan impian untuk mengumpul barang antik dari luar negara termasukla­h Indonesia, Filipina, Brunei, Belanda, China, Jepun, Arab, dan negara di Eropah,” katanya.

Beliau turut memperoleh koleksi barang antik daripada peniaga lain melalui pertukaran barang dan juga daripada pihak yang kurang meminati barangan antik.

Menurutnya bagi memenuhi hasrat mengumpulk­an barangan antik, beliau turut mengembara sehingga ke kawasan pedalaman dan ke luar negara termasukla­h ke Indonesia dan Istanbul Turki.

Ayah kepada lima orang anak ini menganggap perniagaan barangan antik tidak sama dengan perniagaan lain.

Ia kerana jelasnya menjual barangan antik adalah sesuatu yang istimewa dan menganggap perniagaan berkenaan sebagai perniagaan harta karun.

Dalam pada itu Mohd Hasim juga mempraktik­kan sistem barter ketika urusan jual beli.

“Ini satu kaedah yang sangat berkesan untuk mendapatka­n barangan antik memandangk­an barang sedia ada akan habis jika hanya dijual.

“Perniagaan harta karun adalah satu sistem yang digunakan pada zaman dahulu yang digelar sistem pertukaran barangan.

“Justeru kita tidak semestinya menggunaka­n duit untuk menjalanka­n urus niaga kerana duit bukanlah sesuatu yang boleh dibeli, “katanya.

Beliau berkata hobi mengumpul barangan antik boleh mendatangk­an kepuasan buat dirinya, walaupun tidak mendapat keuntungan yang banyak.

“Bukan semua orang berminat dengan barangan antik dan hanya segelintir sahaja yang datang untuk mendapatka­nnya sesuai dengan hobi dan minat masing-masing.

“Ada sesetengah orang tidak akan menerima barangan antik walaupun ia diberi secara percuma kerana mereka tidak meminatiny­a.

“Mereka juga kurang mengetahui nilai dan keistimewa­an yang ada pada barangan antik yang sebenar,” jelasnya.

Lumrah dalam perniagaan, peniaga barang antik juga berhadapan dengan risiko pelanggan yang membawa barangan yang tidak diketahui asal-usulnya lebihlebih lagi jika ia barangan curi.

Beliau juga kadang-kala berdepan dengan orang yang menawarkan barangan antik tanpa mengetahui sama ada ia asli atau sebaliknya.

Menurutnya harga barang antik tidak menentu kerana sesuatu barang antik itu sukar untuk dinilai harganya.

“Ada kalanya nilai barangan boleh mencecah hingga puluhan ribu ringgit dan ada juga yang bernilai hanya serendah RM20.

“Jika bernasib baik, hanya satu barangan antik yang ditemui boleh membawa kesenangan selama tujuh keturunan lebih-lebih lagi jika barangan berkenaan hanya ada satu di dunia.

“Ramai yang tidak mengetahui nilai sebenar sesuatu barang antik itu dan ini ini menyebabka­n ramai pengumpul barangan antik sanggup mengeluark­an belanja besar,” katanya.

Malah jelasnya ada yang sanggup mengembara jauh hanya untuk memiliki barangan antik yang bernilai.

Beliau berharap suatu hari nanti satu kawasan yang menempatka­n pelbagai koleksi barangan antik berjaya dibuka olehnya.

Pusat barangan antik itu juga boleh dikunjungi peminat barangan antik dari seluruh dunia dan menyerupai kawasan harta karun.

 ??  ?? SEBAHAGIAN koleksi pinggan dan mangkuk tembikar dari pelbagai negara. HASIM menunjukka­n salah satu koleksi tembaga yang dimilikiny­a. PEDANG Samurai dari Jepun. TAJAU yang disusun kemas di atas rak di dalam kedainya. TEMBAGA pelbagai bentuk turut...
SEBAHAGIAN koleksi pinggan dan mangkuk tembikar dari pelbagai negara. HASIM menunjukka­n salah satu koleksi tembaga yang dimilikiny­a. PEDANG Samurai dari Jepun. TAJAU yang disusun kemas di atas rak di dalam kedainya. TEMBAGA pelbagai bentuk turut...
 ??  ?? (Gambar kiri) HASIM menunjukka­n salah satu senjata antiknya.
(Gambar kiri) HASIM menunjukka­n salah satu senjata antiknya.
 ??  ?? (Gambar kanan) GONG Kimanis Tiga Naga yang berusia lebih 100 tahun.
(Gambar kanan) GONG Kimanis Tiga Naga yang berusia lebih 100 tahun.
 ??  ?? (Gambar atas) TOPI antik dari Indonesia yang diperbuat dari ikan buntal.
(Gambar atas) TOPI antik dari Indonesia yang diperbuat dari ikan buntal.
 ??  ?? SENJATA berasal dari negara Sepanyol dipercayai berusia sekitar 200 tahun. TEROPONG antik yang pernah digunakan oleh tentera marin suatu ketika dahulu.
SENJATA berasal dari negara Sepanyol dipercayai berusia sekitar 200 tahun. TEROPONG antik yang pernah digunakan oleh tentera marin suatu ketika dahulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia