Utusan Borneo (Sabah)

Mengintai al-Muski

- KHABAR DARI KAHERAH

AWAL minggu ini, lebih tepat lagi pada hari Isnin, saya berpeluang mengintai al-Muski iaitu sebuah bazaar terkenal yang terletak tidak jauh dari bazaar Khan alKhalili bersama-sama dengan sahabat-sahabat senegara.

Kira-kira pukul 10:30 pagi, kami berempat tiba di al-Muski. Kunjungan ke alMuski adalah yang pertama bagi saya. Semasa kami sampai, kelihatan banyak kedai yang belum beroperasi. Namun begitu, di sepanjang laluan kaki lima kedai sudah ramai orang yang lalu-lalang. Majoritiny­a pengunjung tempatan. Saya sentiasa mengekori rapat di belakang tiga orang sahabat yang memang arif dengan selok-belok di al-Muski itu, mengikut sahaja ke mana arah tujuan mereka.

Kami melalui deretan kedai, melintasi jalan raya yang sibuk dengan kenderaan, dan meredah lorong kecil yang sesak dengan orang ramai. Kami berempat menuju ke pusat membeli-belah yang menjual pelbagai jenis pingganman­gkuk dan kelengkapa­n dapur lainnya termasukla­h barangan kristal, teko pelbagai bentuk dan juga barangan elektrik yang bersaiz kecil.

Sebelum membeli barangan yang diingini, banyak kedai yang kami masuki untuk membanding­kan harga dan seterusnya mendapatka­n harga terbaik sebelum memutuskan untuk membuat pembelian. Tawar-menawar harga menjadi satu kemestian. Misalnya, diskaun terbaik yang diperolehi adalah sejumlah LE40 atau bersamaan dengan RM20 untuk sebuah teko buatan Jepun yang berharga hampir LE300. Namun demikian, ada juga barangan yang dijual dengan harga tetap.

Antara yang dapat dikenal pasti, kesemua peniaga di al-Muski adalah warga tempatan. Majoriti peniaga pula adalah golongan lelaki. Selain itu, menurut sahabatsah­abat saya, dalam tempoh tidak sampai setahun, harga barang-barang di al-Muski naik mendadak. Boleh jadi ada kaitan dengan kadar tukaran mata wang asing. Selain produk Mesir, ada juga produk dari Turki, Itali, Jepun, China dan Malaysia.

Ternyata al-Muski semakin sesak menjelang tengah hari. Semua kedai sudah memulakan operasi. Barang-barang jualan melimpah sehingga ke tepi jalan besar. Ada pinggan mangkuk. Ada loyang pelbagai jenis dan saiz. Ada bermacam-macam barang jualan disusun rapi di tepi jalan raya utama.

Tekak mula terasa kering. Yang kelihatan hanyalah tangki air percuma dengan hanya terdapat dua cawan tahan karat yang disediakan untuk pejalan kaki yang kehausan. Ada juga penjual minuman bergerak dengan bilangan cawan yang terhad gigih mencari pelanggan. Tidak kelihatan pula air mineral botol yang boleh dibeli. Mujurlah sahabat saya ada membawa bekal air dan dapatlah saya minum barang seteguk dua.

Bunyi hon kedengaran membingit. Kelihatan pemandu bas betulbetul di hadapan tempat kami berdiri sedang menekan hon bertalutal­u gara-gara seorang pemandu memberhent­ikan kenderaann­ya di tepi jalan besar yang sudah semakin sempit. Kereta pula semakin banyak.

Terasa masa begitu pantas berlalu. Tidak sedar sudah hampir dua jam kami keluar masuk kedai di al-Muski. Tibalah masa untuk balik ke rumah. Ada yang perlu mengambil anak-anak di sekolah dan ada juga yang perlu berada di rumah menunggu anakanak pulang dari sekolah. **NORKAIDAWA­TI ABDUL MAJID atau sering juga menggunaka­n nama pena Ara Aranam dilahirkan di Kampung Ilanun Kuala Penyu pada 3 November 1976. Mula menulis pada tahun 1994 dalam bidang cerpen dan puisi. Karyanya tersiar dalam akhbar seperti Utusan Borneo, Harian Ekspress, Berita Harian dan majalah seperti Wadah, Jendela Sabah, Komposisi. Selain itu, karyanya juga termuat dalam antologi Epistolari- 50 pucuk surat kepada(i) Surat Kepada Tuan Tenang ,Metromedia Solutions, 2014. antologi Luka Gaza dan Taman Fikir. Sebelum ini pernah menetap di Tashkent, Uzbekistan, Terengganu, Malaysia dan kini bermastaut­in di New Kaherah, Mesir.**

 ??  ?? PELBAGAI barang jualan disusun rapi di tepi jalan raya utama di bazaar al-Muski.
PELBAGAI barang jualan disusun rapi di tepi jalan raya utama di bazaar al-Muski.
 ??  ??
 ??  ?? NORKAIDAWA­TI ABDUL MAJID
NORKAIDAWA­TI ABDUL MAJID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia