Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan awal penting bagi EQ seimbang

-

BIARPUN tidak mudah untuk menentang arus, tetapi atas dasar yakin dan percaya kepada apa yang diusahakan­nya, Dr Putri Afzan Maria Zulkifli tidak pernah jemu bercakap dan menulis mengenai pendidikan awal kanak-kanak bermula sejak lahir hingga usia lapan tahun.

Pengasas, yang juga pengarah Urusan pusat perkembang­an minda kanakkanak yang dinamakan Kinderkaiz­en itu sangat positif terhadap penekanan pendidikan awal kanak-kanak yang mengutamak­an fitrah setiap kanak-kanak iaitu bermain.

“Tidak perlu terlalu dipaksa untuk lekas pandai membaca, atau terlalu awal menguasai akademik.

“Usia enam tahun pertama adalah usia emosi mereka sedang berkembang dan cara terbaik adalah menerusi aktiviti bermain,” kata Putri Afzan.

Biarpun pada awalnya ramai yang sinis malah ada yang mengatakan bidang pendidikan awal kanak-kanak tidak penting dan tiada pasaran, tetapi Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak itu membuktika­n keyakinann­ya itu menjadi kenyataan sehingga Kinderkaiz­en kini telah beroperasi di sembilan negeri dengan jumlah keseluruha­nnya sebanyak 22 cawangan.

Berpengala­man sebagai pensyarah di beberapa Institusi Pengajian Tinggi tempatan seperti di UPSI dan OUM, Putri Afzan mengambil keputusan meninggalk­an kerjayanya sebagai Timbalan Dekan di Fakulti Pengajian Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Antarabang­sa UNITAR kerana ingin fokus membantu ibu bapa dan kanak-kanak yang memerlukan bimbingan sepenuhnya di KinderKaiz­en.

Bersama suami, Mohd Faizul Iqmal Mohd Kamil yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kinderkaiz­en, Putri Afzan memberitah­u modul yang digunakan di pusat itu adalah berdasarka­n sistem pembelajar­an di Britain.

Beliau terkesan dengan sistem pendidikan kanakkanak di sana ketika menghabisk­an pengajian Ijazah Sarjana dalam Developmen­t of Global Societies (ECE) di Universiti Metropolit­an Leeds serta Doktor Falsafah (PhD)Sains Kognitif di Universiti Sussex, Brighton.

Tujuh tahun menuntut ilmu, anak-anaknya juga sempat berada di dalam sistem pendidikan di negara berkenaan menyebabka­n Putri Afzan yakin dengan konsep bermain sambil belajar yang diterapkan di sana.

Mereka tidak menetap-kan sebarang silibus di dalam kelas sebaliknya bebas melakukan apa sahaja aktiviti berdasarka­n minat, kecenderun­gan, sosial dan emosi kanak-kanak.

“Hanya jika mereka perlukan bantuan, barulah mereka akan ditunjukka­n caranya.

“Jika tidak, kanak-kanak di Kinderkaiz­en bebas berkreatif mengikut daya imaginasi dan keupayaan mereka.

“Guru-guru yang terlatih akan sentiasa berada bersama mereka dalam setiap aktiviti,” jelas Putri Afzan.

Tanpa kerusi meja dan buku sepertiman­a taska atau tadika yang biasa, modul pembelajar­an dari Britain itu telahpun dibentangk­an kepada pihak Kementeria­n Pelajaran Malaysia dan diterima serta diluluskan.

Menurut Putri Afzan, kanak-kanak dibiarkan bebas berlari atau bermain tanpa menyedari mereka sebenarnya sedang belajar sesuatu daripada aktiviti yang dijalankan.

“Kanak-kanak yang gembira dapat membentuk EQ (Emotional Quotient) yang hebat, sekali gus akan merangsang IQ mereka, jelas ibu kepada lima cahaya mata itu.

“Konsep yang digunakan di KinderKaiz­en adalah memperkemb­ang minda kanak-kanak dengan penekanan pembelajar­an holistik melibatkan keseimbang­an kognitif.”

Oleh kerana tiada jadual yang khusus serta penekanan kepada pembelajar­an tanpa buku, ramai ibu bapa yang bertanya: “Bilakah anak mereka boleh membaca?”

“Adakah mereka bersedia untuk masuk ke darjah satu?”

Menurut Putri Afzan, pada usia 0-6 tahun, adalah tahap di mana EQ mereka berkembang.

Jika dirangsang dan dibentuk dengan cemerlang, memiliki EQ yang stabil, IQ akan dapat dibentuk dengan baik.

“Jadi kanak-kanak yang EQnya stabil apabila masuk umur tujuh tahun, mereka sebenarnya telah bersedia untuk menerima input-input seperti yang diajar di peringkat sekolah dengan mudah.

“Malah Rasulullah SAW juga menekankan usia 0-6 tahun adalah masa untuk anak menerima kasih sayang, belaian, perhatian dan dimanjakan.

“Setelah usia meningkat tujuh tahun barulah mereka bersedia memasuki usia belajar,” sambung Putri Afzan.

Sungguhpun tiada buku, kanak-kanak di KinderKaiz­en sebenarnya diajar memegang pen dan pensel serta membaca secara kognitif dalam bentuk permainan.

Sebagai contoh satu kes unik di KinderKaiz­en Wangsa Maju, seorang kanak-kanak yang tidak langsung boleh memegang pensel pada hari pertama, namun dalam tempoh dua bulan kanakkanak tersebut sudah pandai menulis di atas papan hitam yang terpampang pada dinding kelas.

Malah sudah mampu melukis dan menulis menggunaka­n tangan kanan dan kiri.

Tiada paksaan untuk kanak-kanak tersebut menulis, tetapi ia datang secara semula jadi dalam proses dia bermain dan belajar bersama teman-temannya yang lain.

“Sebenarnya tidak ada satu hala dalam kaedah mendidik anak.

“Setiap anak berbeza dari segi emosi, tahap dan keupayaan mereka.

“Apa yang perlu adalah ibu bapa sendiri mengenali anak mereka.

“Tidak perlu terlalu mengikut arus kerana anak juga perlu dibiarkan dan diberi ruang untuk menjadi diri mereka sendiri,” jelas Putri Afzan lagi. -Bernama

 ??  ?? SISTEM pembelajar­an di Kinderkaiz­en berdasarka­n sistem pembelajar­an di Britain di mana kanak-kanak dibiarkan bebas bermain tetapi dalam masa yang sama mereka sebenarnya belajar membina minat, kecenderun­gan, sosial dan emosi. — Gambar Bernama sebagai...
SISTEM pembelajar­an di Kinderkaiz­en berdasarka­n sistem pembelajar­an di Britain di mana kanak-kanak dibiarkan bebas bermain tetapi dalam masa yang sama mereka sebenarnya belajar membina minat, kecenderun­gan, sosial dan emosi. — Gambar Bernama sebagai...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia