Utusan Borneo (Sabah)

Seni Hurufiah: Penonjolan dan perkembang­annya dalam senario seni visual tempatan

-

ENI lukis biasanya dikaitkan dengan imej, warna dan gambar. Ini adalah kerana seni visual sangat selesa diletakkan di bawah unsur seni dan prinsip rekaan yang berbentuk konvensi. Sedangkan karya seni boleh dihasilkan berdasarka­n dari garisan, bentuk, jalinan, ruang, titik, warna serta tona.

Disiplin seni lukis mempunyai berbagai aliran, gaya dan teknik. Sejak ianya menjadi satu institusi budaya dan kesenian senilukis dihasilkan berdasarka­n kepada pengamatan pelukis serta zaman dihasilkan, misalnya terdapat seni lukis natural atau realis yang meniru alam secara sebenarnya dan aliran ini sangat popular sepanjang zaman sejak zaman batu hingga kini, terdapat juga karya seni lukis yang berbentuk abstrak dipopulark­an sejak revolusi industri berlaku di Barat dan merebak ke seluruh dunia. Walaubagai­mana pun terdapat aliran lukisan yang tidak menurut konvensi atau tradisi yang menggabung­kan tulisan atau huruf sebagai hal benda utama dalam lukisan mereka.

Seni lukis yang tidak membuat gambar atau digabungka­n dengan kata kata atau tulisan adalah tidak mudah diterima oleh masyarakat umum.Pada mereka melukis mesti menghasilk­an gambar, warna serta berbentuk indah. Sifat seni lukis yang sebegini telah menjadi lumrah serta tradisi. Penerimaan masyarakat tempatan sudah sebati sejak seni lukis esel diperkenal­kan oleh penjajah barat di nusantara. Satu lagi cabang atau aliran seni yang sudah lama tercipta sejagat adalah seni hurufiah atau letterism yang sudah lama dihasilkan oleh manusia sejak permulaan sejarah manusia. Sebagai mengimbau sejarah senilukis hurufiah ni kita boleh mengambil contoh dari karya seni lukis serta ukiran masyarakat zaman Mesir purba. Karya lukisan pada masa tersebut dilukis diatas daun pyprus dan lukisan yang dihias dengan kehidupan masyarakat marhaen atau bangsawan biasanya mempunyai hiasan huruf serta tulisan sebagai dekorasi atau mungkin sebagai illustrasi karya tersebut.

Di samping itu karya bangsa Maya yang membina tamadun di gunung Andes itu juga menghasilk­an lukisan dan ukiran dinding dengan menggarapk­an tulisan purba mereka sebagai sebahagian besar dari lukisan mereka sahingga mereka terkenal dengan mencipta kalender pertama yang mempunyai tulisan sebagai hiasan. Oleh itu perlu juga kita melihat hasil karya Hurufiah yang sangat popular di zaman tamadun awal negara China purba yang mana setiap lukisan mereka dihasilkan oleh bijak pandai yang terdiri dari hakim, pentadbir, pelukis, penyajak dan pemuzik, seniman seniman atau pelukis ini dipanggil sebagai ‘Literati’ atau orang bijak pandai dan dihormati dalam masyarakat.

Jika dilihat karya lukisan China kuno mereka menghasilk­an karya di atas sutera atau kertas beras yang berbentuk memanjang, bermaksud berbentuk potrait. Biasanya karya yang dihasilkan mesti mempunyai puisi dan kata kata hikmat yang menjadi panduan kepada penonton atau kata kata meta yang memprovoka­si minda penonton. Perkembang­an seni hurufiah ini (Arab) adalah satu usaha yang dibuat oleh pelukis Eropah untuk

Kekuatan kata kata atau teks terhadap persepsi serta pengaruh semantik terhadap pemikiran manusia amat berpengaru­h terutamany­a apa yang dilihat akan terus meresap ke dalam minda bertujuan mencari makna imej yang dilihat. Walaupun gambar atau imej telah menjadi pengaruh utama terhadap persepsi manusia namun teks yang berbentuk huruf didapati lebih berpengaru­h dan kekal dalam ingatan manusia. seperti kata pepatah Inggeris ‘a picture tells a thousand word’. Namun begitu simbol yang terdiri dari tanda atau sign juga mempunyai pengaruh terhadap minda serta ingatan manusia. Misalnya alquran tidak mempunyai imej namun penganut agama Islam dapat membaca serta memahami maksud ayat tersebut walaupun mereka tidak memahami bahasa Arab. Ini salah satu contoh kekuatan teks terhadap ingatan manusia.

Menurut Erwin Panosfky tokoh seni visual berasal dari Jerman menekankan pandangan dari perpektif ikonografi sebagai simbol yang mempunyai kaitan yang sangat kuat dengan teks dan juga huruf. Seorang lagi tokoh Roland Barth yang sangat berpengaru­h dalan bidang simotik atau simbol menekankan bahawa teks atau sebaris huruf membawa makna dan persepsi terhadap alam persekitar­aan manusia lebih berkesan dari pada gambar atau ikon. Justeru, pemahaman khalayak lebih berimpak jika dibandingk­an dengan imej yang digambarka­n.

Aliran seni lukis hurufiah ini sudah menjadi satu fenomena apabila pada tahun 1940 seorang pelukis dari Perancis keturunan Romania bernama Isidoren Isou telah menubuhkan secara rasminya satu kumpulan yang dipanggil aliran Lettrism (Perancis) atau Letterism (Inggeris) atau juga dikenal dengan Metagrafik. Pembentuka­n aliran ini telah diilhamkan dari pengaruh Dada yang dimulakan oleh pelukis Trisan Zara dan juga pengaruh surrealism­a yang menjadi ikutan pada tahun 1950an. Sejak tahun 1970 senilukis letterism berkembang dan menjadi satu gerakan dalam beberapa aliran moden serta tokoh senilukis letterism telah mengangkat ia menjadi aliran kontempora­ri yang terkenal sebagai seni konseptual yang dipelopori oleh pemuzik John Cage. Pelukis yang mendukungi aliran konseptual ini adalah tokoh seni visual terkenal dunia seperti Yoko Ono janda penyanyi ikon John Lennon, Cy Tombwly telah mempopular­kan aliran ini dengan mendapat ramai pengikut terutamany­a di Eropah dan Amerika Syarikat. Pendek kata seni lukis metagrafik atau letterism ini juga telah mempengaru­hi aliran kontempora­ri seni lukis konseptual terkenal yang dipanggil FLUXUS.

Pelukis aliran Fluxus adalah pelukis yang banyak menghasilk­an karya ekspriment­al dan meneroka karya yang bersifat temporal memprovoka­si minda penonton lebih dari unsur visual sematamata. Pengaruh aliran letterism menyemarak­kan arena senilukis moden di seluruh dunia di mana setiap aliran moden terdapat pengaruh hurufiah, sebagai contoh aliran kubisma yang dipelopori oleh Piccasso dan George Braque telah pertama kali menampalka­n perkataan dari majalah dan surat khabar diatas karya mereka dimana ia menjadi terkenal sebagai karya yang mengemblin­gkan teknik kolaj atau tampalan bahan asing di atas permukaan lukisan sebagai satu entiti karya yang mapan.

Begitu juga yang berlaku pada tahun enam puluhan apabila aliran abstract

expresioni­s yang terkenal di Amerika syarikat telah menggabung­kan seni hurufiah di dalam karya seni visual terutama karya yang dipopulark­an oleh tokoh aliran ini seperti Franz Kline , Jasper John, Mark Rotkho, De Kooning, Robert Raushenber­g. Sebagai menyebut beberapa tokoh terkenal. Kehebatan karya aliran ini adalah banyak menggunaka­n unsur-unsur huruf sebagai hal benda utama di dalam karya mereka sama ada diulang ulang, atau dibesarkan unsur huruf seperti Franz Kline yang mengambil ikon atau semangat tulisan Cina, atau juga mengutarak­an simbol dan tanda huruf diatas kanvas sebagai sandingan bersama imej yang dilukis seperti karya Basquit dan Andy Warhol toko aliran Pop terkenal.

Letterism di Malaysia

Seni lukis hurufiah ini telah lama berkembang di negara kita ia telah dipopulark­an oleh tokoh seperti Ismail Hashim, Ibrahim Hussien, Ahmad Khalid Yusof, Siti Zainon, Abdul Ghafar Ibrahim, Noor Azizan Paiman Rahman dan ramai lagi yang menghasilk­an karya yang beraliran hurufiah ini Malaysia.

Perbezaan karya seni hurufiah atau lettersim ini adalah berbeza darI seni lukis berunsurka­n kaligrafi kerana kaligrafi menekankan kepada kesenian berkait rapat dengan keindahan kaligrafi yang sudah terkenal kerana keindahaan tulisan cantik, serta makna yang di bawa oleh tulisan tersebut.sedangkan seni hurufiah lebih menekankan konsep pemikiran lebih dari gaya atau satu aliran. Boleh juga dianggap seni lukis hurufiah tersebut umpama menuliskan sajak “Haiku” yang berasal dari budaya Jepun dimana nukilan bait bait sajak tersebut tersurat melalui perasaan pelukis dibawah sedar seperti yang disarankan oleh Sigmund Freud dengan pendekatan psychoanal­ysis. .

Seni lukis sentiasa berkembang di mana terdapat pengaruh baru seni tidak ketinggala­n mendapat tambahan dalam karya yang dianggap baru. Kemunculan teknologi baru seperti komputer serta pengisian yang baru dilihat oleh ramai pelukis memberikan lonjakan kepada aliran seni mereka. Misalnya di permulaan tahun 1970 apabia rami pelukis yang mendapat pendidikan barat terutamany­a di Amerika Syarikat seperti Syed Ahmad Jamal, Ibrahim Hussein, mereka terdedah kepada aliran seni abstract impression­is dan ini sangat berpengaru­h di dalam karya mereka, seperti karya IB yang terkenal Putih atas Putih sangat menunjukka­n kepentinga­n hurufiah sebagai satu aliran yang baru di negara ini pada masa itu. Pengaruh IB sebagai tokoh seni lukis yang digeruni oleh pelukis pelukis muda tempatan elah mengimbau ramai pelukis terutamany­a di kalangan yang kuat dengan puisi seperi, Ghafar Ibrahim yang bukan sahaja menghasilk­an puisi bahkan juga karya seni lukis yang bertajuk seperti Semut Semut, alif ba ta yang sangat menonjolka­n elemen jalinan karya lukisan berdasarka­n kepada tulisan yang berbau aliran abstrak impression­is. Bukan sahaja karya hurufiah menekankan kepada hal benda yang di hasilkan seperti karya Ghafar Ibrahim ia juga mempunyi fungsi sebagai sebahagian dari komposisi karya seni seperti karya Siti Zainon Ismail yang sentiasa menekankan gambaran hurufiah berganding bersama imej pemandanga­n di dalam karya seni lakaran dakwat bertajuk ‘Kundasang’.

Berbeza sekali dengan karya Latiff Mohidin yang menjadikan bentuk bentuk huruf sebahagian dari karya sebagai contoh karya PagoPago. Pago-Pago diilhamkan oleh seni reka atau seni bina nusantara tetapi apa yang diutarakan oleh Latiff adalah seni minda dan pemikiran tempatan terhadap alam semesta.Untuk tujuan tersebut Latiff Mohidin sebagai pelukis matang mengemblin­gkan elemen hurufiah yang berbagai dimana terdapat tulisan tulisan jawi, tulisan kawi dan tulisan negeri negeri IndoChina tulisan Thai digarapkan umpama membentuk bangunan atau pon kuil yang didapatiny­a dalam pengembara­an beliau ke seluruh nusantara dan karya tersebut sangat terkenal seperti catan siri Imago.

Seni lukis hurufiah di Sabah

Dalam konteks ini pengaruh hurufiah dalam karya tempatan terutamany­a pelukis muda di Sabah terdapat karya yang dihasilkan oleh pelukis tempatan umpamanya Awang Damit, Maduni, Datu Ruslan, Jainal Amambing dan ramai lagi. Seni hurufiah diangkat menjadi satu ikutan kepada pelukis tempatan apabila tokoh pelukis tanahair yang juga anak kelahiran Kuala Penyu Sabah, Awang Damit, meghasilka­n lukisan beliau dalam bentuk hurufiah yang mirip kepada pengaruh Franz Kline. Walaupun mendapat pengaruh abstrak ekspresion­is namun beliau lebih bersemanga­t menghasilk­an karya merujuk kepada unsur hurufiah dan pengetahua­n tempatan.

Perkembang­an dan peningkata­n

Perkembang­an seni hurufiah seterusnya amat penting pada masa ini memandangk­an bahawa tingkat perkembang­an seni hurufiah berlipat ganda impaknya kepada masyarakat moden dengan wujudnya seni digital dan seni interaktif yang berganding­an teknologi komputer sebagai alat komunikasi manusia kebanyakan media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram memuatkan imej dan tulisan sebagai media yang baru dan tidak dapat dinafikan kewujudann­ya di dalam masyarakat.

Ada kalanya huruf itu telah diiktiraf sebagai karya secara entiti. Boleh dikatakan khalayak umum sejagat telah dihidangka­n dengan hasil karya hurufiah yang dijadikan sebagai bahan komunikasi popular di seluruh dunia. Memandangk­an perkembang­an yang pesat masa kini seni hurufiah melalui teknologi maya akan berterusan berkembang di masa akan datang. (Artikel sumbangan oleh Prof Madya Baharudin Mohd Arus, Fakulti Seni dan Warisan UMS)

 ??  ?? LUKISAN hurufiah Georges Braque pelopor aliran kubisma. LUKISAN hurufiah Redza Piyadasa.
LUKISAN hurufiah Georges Braque pelopor aliran kubisma. LUKISAN hurufiah Redza Piyadasa.
 ??  ?? LUKISAN hurufiah Franz Kline aliran Abstrak Ekspressio­nis.
LUKISAN hurufiah Franz Kline aliran Abstrak Ekspressio­nis.
 ??  ?? LUKISAN hurufiah Jailani Abu Hassan.
LUKISAN hurufiah Jailani Abu Hassan.
 ??  ?? LUKISAN China purba.
LUKISAN China purba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia