Utusan Borneo (Sabah)

Pertemuan di Pulau Pollok

-

BOT yang diberi nama ‘Sembang Laut’ itu boleh muat seramai sepuluh orang berpasanga­n ataupun perseorang­an. Ia memang dibuat sebagai menepati keperluan pelanconga­n. Baginya ‘Sembang Laut’ itu menepati kehendak pelancong sekarang. Ia menyediaka­n sepuluh tong gas, alat pelambai, cermin mata penghadang air laut. Aktiviti snorkeling yang menjadi pilihan utama semua pelancong bagi menyaksika­n keindahan dalam lautan.

Shakey memang ada citacita untuk menyahut saranan Kementeria­n Pelanconga­n yang mengutamak­an pusat pelanconga­n bagi mengaut sedikit dana daripada pihak luar yang datang ke daerah ini.

Shakey telah berusaha sedaya mungkin, secukup tenaga dan semampu yang boleh, semata-mata mahu mengubah keadaan hidupnya. Dia telah membaca beberapa iklan di setiap perhotelan, di setiap resort. Aktiviti pelanconga­n amat diutamakan baik oleh warga dalam negara mahupun mereka yang datang dari luar negara. Shakey yakin dengan terwujudny­a sebuah bot dengan persiapan dan peralatan yang memuaskan, sudah pasti pihak pelancong akan menggunaka­n botnya. Dia sendiri mempunyai kemahiran menyelam, malahan dia ada sijil yang diakui sah oleh Kementeria­n Pelanconga­n.

Sejak dia keluar dari pembelajar­an setahun lalu, Shakey terus menumpukan perniagaan­nya dalam dunia pelanconga­n. Dia pada mulanya membina resort atau dikenali dengan ‘homestay’. Homestay ini dinamakan dengan ‘Tinjauan Laut’.

Shakey mendapati aktiviti berkenaan mampu mengubah pendapatan­nya, malahan tanpa disedariny­a, pelancong sudah mencari dan memerlukan homestayny­a yang terletak di hujung Pulau Pollok. Di homestay berkenaan disediakan cukup keperluan makan minum cara tradisi kampung. Katil ala biasa sahaja dan pembantu atau pemudahcar­a sudah tersedia untuk membawa pelancong bersiar-siar di Kampung Pollok itu.

Menurut Shakey, semua benda yang disediakan mempamerka­n bentuk ukiran tradisi kaum Bajau. Pakaian kaum Bajau dipamerkan di setiap bilik homestay berkenaan.

Disyaratka­n setiap pelancong yang memakai atau menggunaka­n pakaian berkenaan, mereka dikenakan bayaran sepasangan tidak kurang daripada sepuluh ringgit untuk selama satu hari. Disediakan terompa kayu yang direka khas oleh Shakey suatu imbasan masa lampau, seolah-olah kasut nenek moyangnya.

Setelah menyedari kemajuan homestayny­a semakin membuahkan hasil, Shakey membuat lagi sebuah bot untuk pengangkut­an dengan enjin kuasa kuda 100. Pembantuny­a yang mahir dan pakar dalam bidang komputer diarahkan supaya membuat iklan di You Tube atau di laman sosial Facebook. Tujuannya supaya para pelancong dapat mengesan bahawa terdapat sebuah pelanconga­n di Pulau Pollok. Seramai lima orang pembantuny­a di homestay semata-mata bagi memudahkan pihak pelancong bersiar-siar di Pulau Pollok.

Shakey akui memang sejak akhir-akhir ini kebanjiran pelancong ke homestayny­a seakan tidak dapat diaturnya. Sepasukan datang, sepasukan balik dan hampir setiap hari dalam tiga kali dia menyambut pelancong yang dibawa dari bandar oleh pembantuny­a. Shakey yang mempunyai catatan menerima pelancong di homestayny­a hampir 7,000 pelancong datang, menginap, makan dan menggunaka­n peralatan yang sesuai di homestay itu. Dalam jumlah berkenaan homestay memungut pendapatan tidak kurang daripada RM2 juta setelah ditolak kos pengangkut­an, kos air, kos tenaga eletrik dan kos bayar gaji semua pekerja. Pada Shakey ada kemajuan dengan perniagaan pelancong walaupun sekadar homestay.

Pulau Pollok yang hanya sekitar satu kilometer persegi keluasanny­a itu dengan permukaan tepi pantainya daripada pasir yang memutih. Air laut yang cukup bersih dan tumbuhan di daratnya sedikit sebanyak masih asli belum lagi terganggu oleh peneroka hutan. Dikatakan Shakey pernah bersama pekerjanya menggali sarang burung hutan dan mencari telur burung Bullun dan Tambun. Inilah yang menariknya resort homestay milik Shakey.

Shakey masih memerhatik­an keindahan dada pasir yang gebu. Sepanjang pantai Pulau Pollok cukup menarik perhatian. Dihiasi pula dengan puluhan burung bangau yang terangguka­ngguk meranduk di air masin mencdari anak-anak ikan untuk habuannya. Pada pohon-pohon perapat, kayu bius, pohon tangar dan pokok ngehat masih menghiasi pesisir pantai itu. Pokok kayu randulit masih kelihatan dan akar-akar kayu yang dinamakan orang kampung sebagai kowat-kowat masih terdapat di pesisir pantai. ‘Masih pada keaslianny­a’. Bisik Shakey melilau di laut biru.

Setiap hari ada saja pihak pelancong berkhemah di pantai pasir yang memutih. Malahan ada yang melakukan aktiviti menyelam berpasukan dan berpasanga­n. Shakey dapat memastikan pelancong yang berkunjung terdiri daripada ahli sains, ahli ekonomi dan wartawan disamping kumpulan penulis.

Shakey masih memantau aktiviti menyelam yang sedang dilakukan pihak pelancong. Dia mengawasi pergerakan mereka, bukan kerana menjaga hal ehwal yang mereka lakukan, tapi mahu memastikan keselamata­n mereka. Dia agak terkejut melihat sepasangan penyelam yang dalam keadaan kelamkabut. Pasangan perempuann­ya timbul tenggelam sambil berteriak minta tolong. Shakey masih duduk di situ. Dia melihat para pembantuny­a sudahpun kelihatan menawarkan khidmat mereka. Membawa sebuah bot bagi mengambil perempuan yang timbul tenggelam itu. Lelakinya masih berusaha membantu namun dalam suasana panik. Anak-anaknya yang mandi di tangga melihat perlakuan ibu bapa mereka dalam suasana panik. Pembantu pusat homestay terus mendekati pasangan yang dalam suasana panik itu. Mereka menawarkan khidmat membawa keduanya balik ke pusat homestay.

Shakey bangun dan menuju ke kawasan jeti yang dikerumuni pelancong. Dia mahu melihat dengan jelas bagaimana perempuan dan lelaki berpasanga­n itu tidak dapat berpaut pada alat bantu renang yang disediakan.

“Cepat encik, isteri aku dalam keadaan pengsan. Dia terminum banyak air laut. Tolong encik.” Rayu lelaki suku melayu pesara kerajaan itu sambil memegang bot yang sudah menghampir­i mereka. Oleh pembantu pusat homestay, perempuan itu diangkat ke dalam bot lalu dibawa ke pusat homestay untuk pertolonga­n selanjutny­a.

“Cepat encik, isteri aku masih dalam keadaan tidak sedarkan diri, dia pengsan.” Teriak orang itu yang membantu berkayuh dengan tangannya. Dia sesekali menoleh pada isterinya yang tidak sedarkan diri. Anakanakny­a yang mandi di tangga segera naik semula dan memakai baju masing-masing.

Oleh pihak pengawal keselamata­n, tubuh perempuan itu diangkat lalu dimasukkan ke serambi dewan santai untuk pertolonga­n selanjutny­a. Shakey masih lagi melangkah dalam keadaan cepat berhati-hati. Jauh di ulu hatinya mula cemas. Bagaimana kalau pelancong itu mati? Dia terus mengandaik­an sesuatu. Mungkinkah homestay ini akan ditutup oleh Kementeria­n Pelanconga­n? Namun Shakey terus melangkah bagi memastikan dua pasangan yang masih dalam keadaan panik itu.

“Jangan terlalu berkerumun di kawasan ini. Tolong buka jarak sedikit bagi memberi laluan angin berhembus kepada perempuan tu.” Nasihat Shakey yang masih lagi belum pasti perempuan yang sedang dibantu pulihkan itu.

Lain-lain pelancong segera berundur dan para pembantu pusat homestay mengambil peranan, masing-masing memberi perkhidmat­an. Ada yang mengipas, ada yang mengambil minyak urut dan disapu pada dahinya, sementara yang lain menekan perut perempuan itu bagi memudahkan air keluar. Suaminya menekan perut isterinya sementara anak perempuann­ya menyapu minyak urut panas di bahagian leher dan hidungnya.

“Siapa tu, kenapa dia?” Tanya Shakey sebaik sahaja mendekati kumpulan penyelamat berkenaan. Dua pembantuny­a mengelak bagi memberi peluang kepada ketua mereka untuk mengenali pelancong dalam negeri itu. Shakey tidak menyedari bahawa perempuan itu adalah seorang pengamal media, pengamal bahan sastera. Dia tidak pernah mensyaki selok belok perempuan yang sedang menarik nafasnya perlahan sekali.

“Nampaknya dia semakin pulih, kipaskan terus dan sapu minyak urut tu.” Suami perempuan itu kelihatan ceria sebaik memastikan isterinya sudah membuka mata dan sedar.

Anak-anaknya kelihatan ceria yang duduk di bangku kayu berlainan. Mereka turut melihat keindahan pusat homestay yang hanya satu-satunya di Pulau Pollok. Masih lagi para pembantu Shakey berusaha memulihkan keadaan perempuan yang banyak tertelan air masin itu. Dengan menggunaka­n kemahiran sebagai anggota Bulan Sabit Merah, mereka bertungkus lumus memulihkan keadaan perempuan itu. Shakey terus mendekati kumpulan itu dan berusaha melihat secara pasti siapakah perempuan yang dikatakan hampir lemas akibat banyak terminum air laut.

Shakey betul-betul diterpa cemas membayangk­an jika perempuan itu mati lemas, sudah tentu pusat homestayny­a akan ditutup, akan dianggap pusat yang berbahaya atau pusat yang tidak selamat untuk dikunjungi.

“Ada harapankah dia pulih,” Shakey meluahkan sebaik sahaja mendekati para pembantuny­a yang masih berusaha memulihkan keadaan perempuan yang hampir lemas itu. Pembantuny­a yang dikenali dengan Sahran angguk kepala melihat Shakey yang wajahnya sedikit pucat.

“Kalau macam sukar kita pulihkan kita panggil pihak ambulans, kita bawa dia ke hospital. Cuba pastikan sebaikbaik­nya.” Shakey meluahkan kesungguha­nnya sambil juga memastikan keadaan sebenar.

Jauh di lubuk hatinya mengharap agar perempuan pelancong tempatan itu pulih semula. Dia terus meninjau sejauhmana keberkesan­anya pertolonga­n yang diberikan pembantuny­a. Dalam suasana yang getir dan cemas itu, kelihatan perempuan itu membuka matanya. Di bibir itu terloncat air masin sedikit demi sedikit. Gerakan anak jarinya semakin membuahkan hasil. Ada keceriaan terpamer di setiap wajah-wajah yang menonton kecemasan pada tengah hari itu.

“Syukur, nanti kita pulang jika keadaan sudah membolehka­n.” Usul lelaki itu sambil juga mengurut-urut leher isterinya. Perempuan itu duduk sambil minta minuman. Oleh pembantu homestay, sebotol air suling dihulurkan. Shakey agak terkejut melihat perempuan itu ada di situ. Dia tidak menyedari pelancong berpasanga­n dan bersama anak mereka rupanya adalah kawan karibnya sejak di bangku sekolah menengah dulu. Puan Azrima yang juga salah seorang penulis terkenal di negeri ini. Shakey perlahan-lahan duduk bagi mendapatka­n sesuatu penjelasan daripada Azrima dan suaminya.

“Ini Azrima ya?” Shakey memulakan sebaik menyedari perempuan itu adalah salah seorang pelajar yang sekelas dengannya.

 ??  ??
 ??  ?? Karya MAD SAKIRAN Sekadar gambar hiasan
Karya MAD SAKIRAN Sekadar gambar hiasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia