Utusan Borneo (Sabah)

Puisi Minggu Ini

-

MEMETIK CINTA

Tenggelam di lautan insan bergelar dhuyufurra­hman, di dalam batin penuh qiam bermunajat, di hadapan segala kebenaran, menaakul cinta Kekasih. Maha Agung-Mu mempertemu­kan cinta, tak mampu kucapai tanpa seutuh jiwa mendamba pasrah, redha dan merasa dhaidf bagi zarah yang terasing jauh, namun Engkau maha memberikan hidayah, mengikatku dalam hakikat cinta. Kupetik cinta tak sama cinta yang di dalamnya kerajaan perkasihan, telekuku merafak maghfirah, tak sanggup menanggung dosa-dosa yang membeban, merdekakan sukmaku, ya Allah, lapangkan kecintaank­u kecuali bergantung hanya pada-Mu, di lembah dingin ketika mengakrabk­anku Mekah, 25 Zulkaedah 1437H/ 29 Ogos 2016

ANTARA TIANG-TIANG DI RAUDAH

Biarlah khusyukku diam di pinggir pintu raudah begitu perangai manusia yang tak menghormat­i kemuliaan Rasul yang menyintai peradaban di tiang Aisyah ini, alhamdulil­lah rafak kalimat kuungkap Syafaatmu kekasih ingin didakap biarlah kuasing jangan terasing dari kalbumu biarlah kita terpisah oleh jarak pemisah penghadang yang memelihara kemuliaanm­u diam ini damai menjulang salam yang terang di ufuk cahaya gemilang Masjid Nabawi Madinah 20 Ogos 2016

MAKAM BAQI

Merapati merpati di makam Baqi ziarah memandang silam insan-insan yang berjasa dan berjuang tanpa nama hanya tanda sahabat-sahabat nabi waima keluarga baginda meriah merpati kurapati memakmur sunyi makam baqi di tepi nabawi maqam baqi yang terbentang membidang pasir seribu tafsir insan pilihan Maqam Baqi Madinah 17 Ogos 2016

ZIARAH

selamat kujejaki lagi salam kekasih Rabbi yang kusebut dan setiap umat menyintai perkasa rahsia perjalanan sirahnya pada agung tarbiah jiwaku terus bertingkah dari seru meminjam mata abid tak mampu menuliskan apapun terpautnya keajaiban seumpama rindu tak tertangkap­kan sesuatu yang subur semakin makmur kusujud merafak keinginan sukma merebut segala kebaikan berperang di saujana kebatilan hanya sirahmu jua ya Habibi memakmur kebenaran dan menyatukan umat dunia di satu tempat terhebat ini ziarah di bumi kekasih saat kupergi jiwaku tak pernah pergi Madinah 17 Ogos 2016 HASYUDA ABADI atau nama sebenarnya Sukor Haji Usin lahir pada 1 September 1960 di Kampung Lumadan Beaufort. Beliau menulis dalam bidang cerpen, puisi dan esei kritikan. Beliau menghasilk­an lebih 1,000 puisi yang tersiar di majalah dan surat khabar tempatan dan nasional. Hasyuda seringkali memenangi Hadiah Sastera Sabah (HSS) iaitu pada 1989, 1991, 1998, 2000, 2002, 2004, 2007, 2008, 2012 dan 2014. Beliau pernah menang Hadiah Sastera Malaysia pada 1985 dan Hadiah Sastera Perdana pada 2008 Beliau kini adalah Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia