Utusan Borneo (Sabah)

Nilai murni akrabkan etnik Malaysia

-

UBUNGAN antara kaum yang sangat baik di negara ini adalah hasil daripada nilai-nilai murni yang menjadi amalan masyarakat, kata Felo Utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Dr Mansor Mohd Nor.

Beliau berkata, antara nilai murni itu ialah jujur dan amanah, kasih sayang, tolak ansur, hormat menghormat­i, prihatin, tolong menolong, berhemah tinggi dan mengakui perbezaan dalam masyarakat.

“Dalam masyarakat kepelbagai­an etnik, kita perlu bersedia menyemai dan menyuburka­n nilai ini kerana dalam negara yang maju akhirnya tidak boleh alpa dengan nilai kerana ia (nilai) sepatutnya menjadi asas kepada pembinaan tamadun.

“Nilai ini sudah ada dalam negara kita cuma ia perlu diangkat dan disuburkan dalam kehidupan, kalau tidak ia akan diatasi oleh kepentinga­n duniawi dan kebendaan,” katanya di Kota Baharu, Kelantan baru-baru ini.

Mansor berkata, nilai-nilai murni itu amat penting sekarang kerana ketika pembanguna­n ke arah Malaysia sebuah negara berpendapa­tan tinggi, ia akan menjurus kepada penghakisa­n nilai jika tidak diambil usaha menyemai dan menyuburka­n nilai itu.

“Kalau kamu tidak tanam nilai-nilai murni antara kamu (antara kaum) sebagai teras hubungan, bolehkah kamu pastikan tidak akan berlaku perebutan dalam mengaut keuntungan?

“Malaysia kena angkat nilai baik dalam diri rakyat, tidak kira Melayu, Cina, India, Siam dan kaum lain, kena kaji pengalaman kita di Kelantan, Sabah, Sarawak dan negeri lain, kerana ini adalah asas pembentuka­n negara kita sekarang,” katanya.

Beliau berkata, tanpa ‘diikat’ dengan nilai-nilai yang baik itu, kemajuan yang dicapai hanya lebih berbentuk kebendaan dan duniawi semata-mata dan ia tidak memberi faedah.

Melihat kepada kalangan generasi muda atau sinonim dengan panggilan ‘Gen Y’ yang semakin ‘nipis’ pengetahua­n dan pemahaman mengenai sejarah perjuangan dan kemerdekaa­n negara, Mansor berkata, semua pihak terutama kerajaan dan masyarakat perlu mengambil berat perkembang­an generasi itu agar tidak dipengaruh­i anasir asing.

“Kita dihimpit, negara kita berubah, budaya politik baharu, generasi Y sudah nipis tentang sejarah perjuangan dan kemerdekaa­n, anak muda nak kebebasan bersuara, nak demokrasi, hak berkumpul, hak ber- maklumat dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, negara akan menjadi celaru jika golongan muda tidak diasuh dengan baik, dan oleh itu adalah penting usaha dilakukan bagi melahirkan kepimpinan masa hadapan yang kreatif, berinovasi dan memiliki nilai-nilai murni.

Walaupun diwarnai kehidupan material, mereka perlu ‘diikat’ dengan agama.

Golongan ini juga perlu disuburkan dengan rasa bersyukur dengan nikmat yang mereka peroleh sejak dari dalam rahim ibu sehingga mereka dilahirkan, dibesarkan, mendapat pendidikan serta memiliki kerjaya yang baik.

“Jangan tanya apakah sumbangan negara kepada anda sebaliknya bertanyala­h kepada diri sendiri apakah sumba-ngan anda kepada negara ketika negara sedang menagih sumbangan daripada anda,” katanya.

KUNCI KEJAYAAN

Mengulas kunci kepada kejayaan hubungan etnik yang baik di Kelantan, anak jati Kelantan itu (Mansor) berkata selain nilai-nilai murni, penggunaan loghat bahasa yang sama iaitu loghat Kelantan telah membina hubungan mereka sejak sekian lama.

“Sebenarnya mereka berbeza dari segi agama dan bangsa kerana mereka ada bahasa sendiri namun mereka terikat dengan satu perkara yang sama iaitu loghat Kelantan,” katanya.

Loghat bahasa yang sama telah menyatukan terutama orang Melayu, Cina dan Siam, dalam banyak perkara termasuk dalam persembaha­n wayang kulit, menora, dikir barat, permainan wau dan pertanding­an burung candik.

Tinjauan Bernama mendapati suasana itu mudah dilihat di kebanyakan tempat di negeri ini, malah bentuk rumah orang Melayu dan Siam di kampung sukar dibezakan kecuali apabila ditinjau lebih dekat mendapati rumah orang Siam memelihara anjing.

Contohnya, di Kampung Jubakar Darat, Tumpat, majoritiny­a dihuni penduduk Siam dan kampung sekitarnya pula adalah perkampung­an Melayu seperti Bunohan, Jejulok, Kajang Sebidang, Neting, Geting dan Kelaboran.

Kampung Jubakar Darat dengan 350 keluarga Siam iaitu perkampung­an Siam terbesar di Kelantan, terletak di Jalan Wakaf Baharu menuju ke Pengkalan Kubor, dan mudah dikenali kerana terdapat tiga wat Siam iaitu Wat Prachumtha­t Chanaram, Wat Machimmara­m (terdapat patung Buddha duduk) dan Wat Phikulyai.

Suasana kehidupan masyarakat yang harmoni mudah diterjemah­kan antaranya di Pasar Segar Bunohan di kampung itu yang melibatkan kira-kira 100 peniaga yang terdiri daripada Melayu, Siam dan Cina.

Hanya beroperasi sebelah petang bermula jam 3 petang setiap hari, pasar ini menjadi tumpuan penduduk berbilang kaum untuk mendapatka­n keperluan harian. Begitu juga Restoran Pasar Segar Bunohan yang terletak bersebelah­an pasar itu menjadi tumpuan masyarakat sambil menikmati juadah petang mereka boleh duduk semeja berbual. Seorang penduduk, Eh Deng Eh Chik, 68, berkata kehidupan harmoni dan aman itu telah wujud sejak sekian lama dan diwarisi sehingga hari ini. Beliau berkata, perpaduan antara kaum ini dapat dilihat dalam pelbagai bentuk umpamanya dalam majlis kenduri orang Siam akan dihadiri oleh orang Melayu begitu sebaliknya. “Apabila kita ada kenduri kendara kita jemput semua hadir, orang Melayu akan datang begitu juga orang Siam apabila orang Melayu buat kenduri, kalau masak, orang Melayu akan jadi tukang masak, ini perpaduan yang paling kukuh,” katanya. Eh Deng yang juga pesara guru dan bekas Pemaju Masyarakat Siam Wilayah Timur berkata, orang Siam bukan pendatang tetapi mereka berada di sini disebabkan Sungai Golok menjadi sempadan pembahagia­n negara antara Malaysia dan Thailand. “Sama juga dengan orang Melayu yang berada di tebing sana (wilayah Selatan Thailand) mereka bukan penghijrah­an dari Malaysia tetapi mereka menjadi warga negara Thailand disebabkan pembahagia­n sempadan tersebut,” katanya.

Beliau yang aktif menulis cerpen berkaitan kisah masyarakat berkata, kebudayaan adalah antara platform utama yang berperanan untuk memupuk perpaduan ke arah kehidupan harmoni dalam masyarakat berbilang kaum.

“Masyarakat Siam ada permainan menora yang diminati oleh semua kaum terutama orang Melayu, apabila ada permainan menora sama ada di rumah kenduri ada kuil, orang Melayu akan datang menonton, sambil menonton akan wujud pergaulan.

“Begitu juga persembaha­n mak yong yang dimiliki orang Melayu, apabila ada persembaha­n, orang Siam akan pergi lihat, begitu juga dengan wayang kulit dan permainan puteri,” katanya.

Beliau yang juga penggiat menora berkata, dalam persembaha­n menora, orang Melayu terlibat sebagai pemain muzik dan mereka juga pemain muzik bagi mak yong yang muziknya hampir sama dengan muzik menora.

Eh Deng percaya kemakmuran, keamanan dan kestabilan hasil daripada kemerdekaa­n negara dan pengisiann­ya sejak 59 tahun lepas, akan menjadikan semangat sehati sejiwa terus subur dalam masyarakat ber-bilang kaum. — Bernama

“Dalam masyarakat kepelbagai­an etnik, kita perlu bersedia menyemai dan menyuburka­n nilai ini kerana dalam negara yang maju akhirnya tidak boleh alpa dengan nilai kerana ia (nilai) sepatutnya menjadi asas kepada pembinaan tamadun. Malaysia kena angkat nilai baik dalam diri rakyat, tidak kira Melayu, Cina, India, Siam dan kaum lain, kena kaji pengalaman kita di Kelantan, Sabah, Sarawak dan negeri lain, kerana ini adalah asas pembentuka­n negara kita sekarang. ”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? EH DENG EH CHIK
EH DENG EH CHIK
 ??  ?? MANSOR MOHD NOR
MANSOR MOHD NOR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia