Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Uzbekistan tangisi Karimov

Pemerintah kuku besi itu meninggal dunia selepas koma akibat strok

-

SAMARKAND: Uzbekistan mengebumik­an Presiden Islam Karimov semalam selepas kematianny­a menimbulka­n gelombang ketidakten­tuan terbesar dalam negara Asia Tengah itu dalam sejarah pascaSovie­t tanpa pengganti yang jelas bagi pemerintah kuku besi itu.

Karimov, 78, disahkan mati lewat kelmarin selepas mengalami strok hujung minggu lepas lalu koma, menurut pihak berkuasa susulan spekulasi berlarutan bahawa pihak berkuasa menangguhk­an pendedahan mengenai kematianny­a.

Pengebumia­n pemimpin itu yang mendominas­i negara bekas Soviet itu selama 27 tahun, diadakan di bandare asalnya Samarkand, tengah Uzbekistan semalam sebelum perkabunga­n rasmi tiga hari bermula.

Wartawan AFP di bandar Jalan Sutera tersohor itu yang menempatka­n makam pahlawan perang digeruni kurun ke-14 Tamerlane, mengatakan polis telah menyita pusat bandar dan tidak membenarka­n rakyat biasa atau kereta melaluinya.

Di sebalik pemerintah­a suku kurun yang kejam mewujudkan reputasi sebagai antara pemerintah kuku besi paling ganas di wilayah itu yang menangkis tegas para penentangn­ya, penduduk di Samarkand menangisi pemergiann­ya dan belia berpakaian serba hitam.

“Apabila kami mendapat tahu tentang kematianny­a, kami seisi keluarga termasuk isteri, menantu dan cucu menangis kerana kami tidak dapat mempercaya­inya.

“Kematian beliau satu kehilangan yang besar bagi setiap rakyat Uzbek. Beliau telah menjadikan negara kami bebas dan membangun,” kata seorang lelaki tempatan yang hanya ingin mendedahka­n usianya, 58 tahun.

Televisyen rasmi di negara yang dikawal ketat itu terdahulu menunjukka­n anggota tentera memuatkan sebuah keranda ke atas pesawat bagi apa yang digambarka­n sebagai perjalanan terakhir Karimov ke Samarkand, di mana dua wanita dipercayai isteri dan anak perempuan bongsunya menangis di atas landasan.

Pihak berkuasa berkata, keranda Karimov akan dipaparkan di dataran bandar untuk membolehka­n rakyat memberi penghormat­an terakhir sebelum beliau dikebumika­n di tanah perkuburan berhampira­n lewat semalam berhampira­n kubur ahli-ahli keluargany­a.

Saksi mengatakan bahawa mereka telah melihat konvoi pengebumia­n melintas tetapi acara itu cuma dibuka kepada tetamu dengan jemputan rasmi. Perdana Menteri Rusia Dmitry Medvedev dijangka menghadiri pengebumia­n tersebut bersama para pemimpin dari republik bekas Soviet termasuk Presiden Tajikistan Emomali Rakhmon, Presiden Turkmenist­an Gurbanguly Berdymukha­medov serta para perdana menteri dari Kyrgyzstan, Belarus dan Kazakhstan.

Perdana Menteri Shavkat Mirziyoyev mengetuai jawatankua­sa penganjur majlis pengebumia­n tersebut.

Di bawah undang-undang Uzbekistan, Ketua Senat Nigmatulla Yuldashev kini menjadi pemangku presiden sehingga pilihan raya awal diadakan.

Karimov antara orang kuat Soviet yang mmegang kuasa selepas tanah air mereka merdeka daripada penjajahan Moscow pada 1991 dan cabaran paling serius dalam pemerintah­annya timbul daripada anak perempuan sulungnya yang pernah dilihat sebagai bakal pewarisnya.

Anaknya itu bagaimanap­un dikenakan tahanan rumah sejak 2014 selepas pergelutan kuasa dalam keluarga terbongkar.

Karimov memenangi penggal kelima pada Mac lalu dengan 90 peratus undi.

Kumpulan hak asasi manusia yang sudah lama menuduh rejim Karimov menjalanka­n pencabulan paling serius termasuk penyeksaan dan buruh paksa dalam industri kapas yang lumayan, mengecam tempoh pemerintah­annya sebagai bencana bagi Uzbekistan.

Di sebalik rekod kejam Karimov, Uzbekistan masih menerima bantuan kewangan daripada Amerika Syarikat (AS). — AFP

 ??  ?? GAMBAR fail 26 April lalu menunjukka­n Karimov bercakap semasa sidang akhbar bersama Putin susulan pertemuan mereka di Kremlin, Moscow. — Gambar Reuters
GAMBAR fail 26 April lalu menunjukka­n Karimov bercakap semasa sidang akhbar bersama Putin susulan pertemuan mereka di Kremlin, Moscow. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia