Utusan Borneo (Sabah)

Anak bekas PM China pegang portfolio pengangkut­an

-

BEIJING: Parlimen China kelmarin menamakan anak lelaki kepada bekas perdana menteri Li Peng sebagai menteri pengangkut­an, sebahagian daripada rombakan pegawai kanan yang sedang dilakukan Presiden Xi Jinping sebelum kongres setiap lima tahun diadakan pada 2017.

Ahli perundanga­n yang kebanyakan bersifat penurut meluluskan pelantikan Li Xiaopeng bagi menggantik­an Yang Chuantang sebagai menteri pengangkut­an, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Li Peng terlibat secara mendalam dalam serangan ketenteraa­n ke atas protes pelajar bagi demokrasi di sekitar Dataran Tiananmen di Beijing pada 1989.

Anak lelakinya itu menjadi gabenor di Shanxi, wilayah utara kaya arang batu yang dicengkam skandal rasuah, sebelum dinaikkan pangkat ke jawatan baharu.

Kementeria­n pengangkut­an bertanggun­gjawab ke atas pengangkut­an jalan raya, udara, air dan kereta api di negara yang paling padat penduduk di dunia, kawasankaw­asan yang menjadi tumpuan pelaburan yang banyak sejak China cuba membina infrastruk­tur pengangkut­an berkelas dunia.

Kongres parti dijangka diadakan pada musim luruh akan datang, akan melihat Xi mengekalka­n peganganny­a terhadap kuasa dengan melantik sekutu rapat lingkungan dalaman pemerintah parti Politburo seramai 25 anggota dan tujuh anggota dalam Jawatankua­sa Kerja Politburo.

Xi, yang memegang dua jawatan sebagai Ketua Parti Komunis dan tentera, mengetuai jawatankua­sa tersebut yang merupakan kelompok pemimpin paling berkuasa. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia