Utusan Borneo (Sabah)

Ciptaan unik, menarik

Hobi cipta barang jadi koleksi peribadi

- Oleh JAIDIN SABUDIN (Pelatih UMS)

DAHULU hobi mencipta sesuatu menggunaka­n barangan terpakai hanya sekadar untuk mengisi masa lapang.

Namun siapa sangka dari hobi membawa kepada minat yang mendalam hingga mampu menghasilk­an beberapa bahan ciptaan yang unik dan menarik.

Selepas lebih tiga tahun kini Shadan Mohd Yakin, 22, boleh berbangga dengan beberapa hasil ciptaannya yang dijadikan sebagai koleksi peribadi.

Replika bangunan KLCC yang diperbuat dari sepit kain kayu dan lampu berasaskan gelas kertas antara hasil ciptaan Shadan.

Tanpa perlu mengambil masa lama, beliau mampu mencipta barangan berkenaan hanya dalam tempoh sehari.

Penggunaan bahan-bahan terpakai seperti sepit kain, gelas kertas dan sudu plastik memudahkan lagi kerja Shadan untuk menyiapkan ciptaannya.

“Idea untuk membina rekaan bangunan KLCC dan lampu berasaskan gelas kertas hanya datang secara tiba-tiba.

“Saya menggunaka­n kirakira 250 sepit kain kayu yang kebanyakan­nya sudah rosak bersama gam uhu.

“Lebih banyak sepit kain digunakan jika rekaan bangunan ini dibuat lebih tinggi,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo baru-baru ini.

Beliau berkata rekaan menara KLCC dibuat dengan melekatkan semua sepit kain dari hujung ke hujung untuk membentuk bulatan.

Pada bahagian puncak jelasnya diletakkan sebiji manik bulat dan sebatang lidi yang sudah dihiris untuk menampakka­n bentuknya seperti puncak menara.

Selepas berjaya menghasilk­an replika bangunan KLCC, Shadan semakin yakin untuk menghasilk­an lebih banyak rekaan yang lebih mencabar.

“Setakat ini saya ada merancang untuk menghasilk­an arca manusia dengan menggunaka­n dawai besi.

“Saya memilih bahan itu kerana ia mudah diperoleh dan senang untuk dibentuk selain mengelak pencemaran.

“Ilham untuk mencipta arca manusia menggunaka­n dawai besi ini terhasil selepas saya menonton filem Inggeris ‘Terminator’,” katanya.

Beliau turut mengakui kesilapan teknikal boleh menyebabka­n kerja-kerja mencipta arca berkenaan terpaksa dibuat semula dari awal.

Namun Shadan menganggap kegagalan dalam percubaan pertama adalah perkara biasa dalam proses mencuba sesuatu yang baharu.

“Apa yang penting adalah kesabaran tinggi untuk mencuba dan bukannya terus mengalah.

“Buat masa ini saya belum ada perancanga­n untuk memasarkan semua rekaan yang berjaya dihasilkan.

“Saya lebih suka mengumpulk­an kesemua rekaan ini untuk dijadikan bahan koleksi peribadi,” jelasnya.

 ??  ?? SHADAN
SHADAN
 ??  ?? REPLIKA bangunan KLCC dan lampu berasaskan gelas kertas antara kolesi peribadi Shadan.
REPLIKA bangunan KLCC dan lampu berasaskan gelas kertas antara kolesi peribadi Shadan.
 ??  ?? REPLIKA bangunan KLCC yang berjaya direka Shadan dalam tempoh sehari.
REPLIKA bangunan KLCC yang berjaya direka Shadan dalam tempoh sehari.
 ??  ?? LAMPU yang diperbuat menggunaka­n gelas kertas terpakai.
LAMPU yang diperbuat menggunaka­n gelas kertas terpakai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia