Utusan Borneo (Sabah)

Program ‘Salam Baitullah 2016’ bimbing jemaah haji di TV1

-

SAMBUTAN menggalakk­an daripada penonton yang meminta supaya program ini diadakan pada setiap musim haji telah mendorong RTM untuk meneruskan penerbitan­nya setiap tahun.

Justeru bermula pada musim haji tahun 2010H/1431H, RTM mengadakan kerjasama dengan Lembaga Tabung Haji dan Bank Rakyat Berhad untuk menerbitka­n program ini secara lebih terancang dan menarik. Kerjasama ini berlanjuta­n setiap tahun iaitu bermula pada 2011 sehingga 2015.

Setiap tahun pelbagai penambahba­ikan dilakukan oleh para penaja dan pihak produksi bagi menarik minat golongan generasi muda dan segenap lapisan masyarakat untuk menonton program ini.

Bertemakan ‘Kemuncak Ibadah, Cahaya Hikmah’, program terbitan Unit Ehwal Semasa RTM ini bersiaran mulai 31 Ogos 2016 hingga 15 September 2016, jam 9.00 malam hingga 10.00 malam di TV1.

Siaran ulangan pula akan bermula pada 1 hingga 16 September 2016, jam 2.00 petang di TV1. Satu siaran langsung khas bersempena dengan Hari Wukuf juga akan bersiaran pada 11 September 2016, jam 4.30 petang hingga 7 malam dan bersambung jam 9 petang hingga 11 malam.

Bersiaran musim ke-7, Salam Baitullah bertujuan membantu para jemaah haji agar mendapat bimbingan serta garis panduan yang tepat dan betul. Tiga segmen iaitu Diari Bumi Suci, Khabar Tanah Suci dan Berita Haji akan dikongsika­n bersama penonton.

Program dengan 16 episod ini menampilka­n pengacara Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre dan Heliza Helmi sementara wartawan yang terlibat dalam liputan Salam Baitullah kali ini ialah Sumardi Mohamad dan Nordin Hamid.

Tajuk yang dikongsika­n ialah Mencintai Rasulullah, Satu Kiblat Yang Sama, Teguhnya Imanmu Hajar, Perniagaan Tidak Akan Rugi, Haji Rasulullah, Wahyu Pertama, Haji Licik, Hukum Hakam Haji, Bahagianya Haji, Media Sosial Haji / Islam Universal, Silat, Cinta Jabal Rahmah (Titik Perubahan Dalam Kehidupan), Arafah, Ismail Kita, Lontarlah Jamrahmu, Korban Atau Terkorban, dan Suci Dalam Debu.

Tetamu undangan pula ialah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias AlHafiz, Ustazah Norhafizah Musa, Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Al Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Dato’ Prof Muhaya Mohamad, Ustaz Elias Ismail, Ustaz Muhadir Hj Joll, Prof Dr. Muhammad Kamil Ibrahim, Ustaz Haslin Baharin, Ustaz Dato’ Mohd Zawawi Yusof dan Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin.

Penonton juga berpeluang memenangi hadiah melalui penyertaan kuiz untuk penonton. Antara hadiah yang ditawarkan ialah pakej umrah bagi hadiah utama dan hadiah berbentuk wang tunai tajaan syarikat Serai Mas Herbs Trading.

Pada tahun ini, Syarikat Serai Mas Herbs Trading adalah penaja utama rancangan ‘Salam Baitullah 2016’ manakala Bank Rakyat sebagai penaja bersama serta dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji.

 ??  ?? WARTAWAN melakukan temu bual di lokasi. KRU Salam Baitullah bergambar bersama petugas Lembaga Tabung Haji.
WARTAWAN melakukan temu bual di lokasi. KRU Salam Baitullah bergambar bersama petugas Lembaga Tabung Haji.
 ??  ?? KETIBAAN kru Salam Baitullah dan petugas Lembaga Tabung Haji disambut meriah.
KETIBAAN kru Salam Baitullah dan petugas Lembaga Tabung Haji disambut meriah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia