Utusan Borneo (Sabah)

Kisah cinta Vikander, Fassbender terangi Light Between Ocean’s’

-

TARUHAN apakah yang lebih baik daripada sebuah filem Hollywood yang menyedihka­n berdasarka­n sebuah buku paling laris dijual? Sudah pasti apabila bintang-bintang jatuh cinta dalam kehidupan sebenar ketika membuat penggambar­annya.

Itulah tarikan bagi ‘The Light Between Oceans’, satu kisah memilukan berdasarka­n novel tulisan M. L. Stedman pada 2013 dengan tajuk yang sama dan dibintangi pemenang anugerah Oscar, Alicia Vikander, dan Michael Fassbender. Ia mula ditayangka­n di pawagam Amerika Syarikat pada Jumaat.

Ceritanya, yang berlaku di Australia pada zaman 1920-an, adalah kisah tragis mengenai seorang penjaga rumah api (Fassbender) dan isterinya (Vikander), yang mengalami dua keguguran kandungan apabila seorang bayi dalam sebuah bot terdampar di tepi pantai pulau mereka yang terpencil. Mereka memutus untuk membesarka­n bayi itu seperti anak mereka sendiri, sehingga mereka berjumpa dengan ibu kandung kanakkanak itu beberapa tahun kemudian.

Vikander, 27 tahun dari Sweden, salah seorang aktres muda yang paling dicari-cari malah sebelum memenangi anugerah Oscar lagi pada Februari lalu bagi watak sokonganny­a dalam ‘The Danish Girl’, pernah berjumpa seketika dengan Fassbender setahun lalu sebelum penggambar­an filem itu bermula di New Zealand pada hujung 2014.

“Kami berkenalan dengan satu sama lain di atas lantai tarian di Festival Filem Toronto dan BAFTA – dia seorang penari yang bagus,” kata Vikander kepada Reuters.

“Namun kami sebenarnya … kami berjumpa secara elok di Wellington dalam raptai buat pertama,” tambah Fassbender, 39 tahun.

Pengarah Derek Cianfrance kemudian menyuruh pasangan itu hidup bersama dalam sebuah rumah api terpencil selam sebulan sewaktu penggambar­an, dan menjelang hujung 2014, berita tersebar bahawa mereka berpacaran.

Vikander berkata dia menangis ketika dia pertama kali membaca skrip untuk filem itu, dan berkata membuat penggambar­an bagi adegan-adegan yang begitu emosional selalunya meletihkan.

“Saya menangis pada kali pertama saya membacanya dan ia adalah kerana ia rasa begitu manusiawi dan begitu mudah dicipta dan ia rasa seakan-akan ia adalah mengenai manusia sebenar dan mengenai drama sebenar,” katanya.

“Ia membantu bahawa saya telah mengagumi Michael sebagai seorang pelakon sejak saya menonton filem-filem pertama seperti ‘Hunger’ dan ‘Fish Tank’. Ia seakan-akan kita melihat seorang makhluk yang sangat semula jadi bagi setiap watak yang saya rasa dia pernah bawa, tetapi selain itu selepas mengenalin­ya, kita memahami usaha begitu gigih yang diberikan dalam persiapan,” tambahnya.

Fassbender, bintang filem ‘Steve Jobs’, dan Vikander, berkata mereka mempunyai perasaan yang bagus sewaktu penggambar­an mengenai hasil filem itu nanti.

“Ia nampaknya seperti kita ada ramuan yang bagus. Dan kemudian segalanya bergantung kepada sama ada audiens menerimany­a atau tidak. Itu sebenarnya sesuatu yang kita tidak pernah tahu,” katanya. — Reuters

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? • Fasha Sandha dalam Dahlia Bibik Bibikku hanya di TV3, pada jam 6.58 petang ini
• Fasha Sandha dalam Dahlia Bibik Bibikku hanya di TV3, pada jam 6.58 petang ini
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia