Utusan Borneo (Sabah)

Dua gol Silva bantu La Roja benam Belgium

-

BRUSSELS: Sepanyol mendapat dorongan bagi kempen kelayakan Piala Dunia apabila mereka menewaskan Belgium 2-0 dalam satu perlawanan persahabat­an kelmarin hasil jaringan berganda David Silva.

Kedua-dua pasukan sedang bangkit selepas kempen Euro 2016 yang mengecewak­an bersama jurulatih baharu, Roberto Martinez bagi Belgium dan Jolen Lopotegui bagi Sepanyol.

Pemain Chelsea Diego Costa mengumpan bola kepada Silva untuk menjaringk­an gol dengan yakin dari kiri kotak penalti pada minit ke-34 sebelum pemain lincah Manchester City itu menyempurn­akan tendangan penalti pada minit ke-60.

Penonton di Brussels mencemuh pasukan tuan rumah apabila Sepanyol menguasai permainan dan apabila Belgium mengambil pendekatan untuk bertahan, sebahagian penonton malah melaungkan nama bekas jurulatih Marc Wilmots.

Dalam perlawanan pertamanya sebagai pengurus Belgium, Martinez, bekas pengurus Everton, meminta kesabaran dari penyokong.

“Anda tidak boleh menjangkak­an perubahan besar dalam masa tiga hari sahaja dan keputusan ini sebenarnya tidak bermakna. Bagaimanap­un apa yang saya mahu lihat adalah semangat dan kebanggaan memakai jersi pasukan kebangsaan,” katanya.

Bagaimanap­un, pasukannya menghasilk­an hanya satu rembatan sahaja yang menepati sasaran dalam tempoh 90 minit dan kelihatan jauh berbeza malah berbanding pasukan yang tewas kepada Wales pada peringkat suku akhir Euro.

“Sepanyol jauh lebih bagus berbanding kami. Kami kurang konsentras­i dan intensiti,” kata penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois, yang bermain untuk kelab Chelsea.

“Kami tidak diberi peluang mendapatka­n bola dan membuat terlalu banyak hantaran yang buruk. Dari segi mentaliti, ia tidak hebat. Kami perlu bermain jauh lebih bagus.”

Bagi Sepanyol, yang bermain tanpa pemain tengah yang cedera, Andres Iniesta, Costa bergabung baik dengan pemain sayap kiri Sevilla, Vitolo, yang menghantar bola lintang untuk gol pembukaan Sepanyol.

Dominasi pasukan Sepanyol begitu kuat sekali sehingga pemain tengah Belgium sendiri Eden Hazard terpaksa mengikut rentak permainan bertahan.

Sepanyol memulakan kempen kelayakan Piala Dunia mereka menentang Lichtenste­in pada Isnin ini manakala Belgium bertandang ke Cyprus untuk perlawanan pembukaan mereka sendiri. – AFP

 ??  ?? ANTARA aksi perlawanan Belgium menentang Sepanyol yang berlangsun­g di Brussels.
ANTARA aksi perlawanan Belgium menentang Sepanyol yang berlangsun­g di Brussels.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia