Utusan Borneo (Sabah)

42 gimnas PGNS sertai Gym For Life Challenge

-

KOTA KINABALU: Persatuan Gimnastik Negeri Sabah (PGNS) telah menghantar sepasukan 42gimnas ke ‘Gym For Life Challenge’ ( GfLC) Kuala Lumpur di Stadium Bukit Jalil pada 28 Ogos 2016.

Borneo Flames, Sabah GfLC, telah dianugerah­kan Anugerah Perak bagi prestasi cemerlang.

Sebanyak 21 pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Sabah, telah mengambil bahagian dalam acara ini.

Sabah dengan jumlah besar 42 gimnas mendapat pujian kerana kerja berpasukan yang mantap serta atas bilangan peserta yang paling ramai antara pasukan yang mengambil bahagian.

Dalam ucapannya, Presiden Kehormat Persatuan Gimnastik Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (PGWPKL) M.P. Haridas Menon berharap agar lebih banyak kumpulan dari negerinege­ri lain akan menghantar pasukan mereka untuk acara tahunan ini pada tahun depan.

Beliau juga berharap Sabah akan menganjurk­an acara sama pada masa akan datang bagi menggalakk­an pasukan dari Semenanjun­g Malaysia untuk datang bertanding dan melawat Sabah, sekali gus memenuhi salah satu konsep Gimnastik Untuk Semua iaitu keseronoka­n dan persahabat­an (Fun and Friendship).

Haridas turut menekankan tentang kepentinga­n sukan dan usaha mereka dalam mempromosi­kan gimnastik untuk semua tanpa mengira umur, jantina dan kesempurna­an fizikal.

Ini adalah selaras dengan seruan Persekutua­n Gimnastik Antarabang­sa ( FIG) yang menggalakk­an Sukan Untuk Semua.

Harapan dan cabaran Borneo Flames ‘seterusnya adalah untuk mengambil bahagian dalam 3rd World Gym For Life Challenge yang akan diadakan di Vestfold, Norway pada bulan Julai 2017.

 ??  ?? PASUKAN Borneo Flames, Sabah telah dianugerah­kan Anugerah Perak bagi prestasi cemerlang pada GfLC di Kuala Lumpur, Ogos lepas.
PASUKAN Borneo Flames, Sabah telah dianugerah­kan Anugerah Perak bagi prestasi cemerlang pada GfLC di Kuala Lumpur, Ogos lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia