Utusan Borneo (Sabah)

Ujian pertama Big Sam bersama England berdepan Slovakia

-

ALLARDYCE TRNAVA: Tugas Sam Allardyce sebagai pengurus England bermula hari ini (Ahad) apabila pasukannya melancarka­n kempen mereka untuk mara ke Piala Dunia 2018 menentang bekas musuh di Euro 2016 Slovakia di Trnava.

Allardyce, 61, diberi jawatan yang dia sudah lama idamkan selepas Roy Hodgson meletak jawatan sejurus selepas penyingkir­an England yang memalukan dari Euro 2016 di tangan Iceland.

Ia merupakan kekalahan England yang paling buruk sejak kekalahan 1-0 kepada pasukan pemain sambilan Amerika Syarikat di Piala Dunia 1950 tetapi Allardyce percaya pengalaman itu akan menguatkan lagi pasukannya yang muda.

“Bagi saya, ia adalah mengenai pemain yang keluar dan menunjukka­n bukan sahaja betapa bersemanga­tnya mereka tetapi juga betapa mahirnya mereka pada peringkat antarabang­sa,” katanya kepada pemberita pada minggu ini.

“Kita merupakan skuad paling muda di kejohanan Euro dan saya fikir pengalaman yang mereka perolehi dalam kejohanan itu – ada di antara mereka buat pertama kali – akan memberi mereka keazaman yang lebih kuat dan pada lain kali mereka dijangka akan bermain jauh lebih baik.”

England tidak akan bertemu dengan Iceland di Perancis jika tidak disebabkan oleh keputusan seri tanpa jaringan yang mengecewak­an dengan Slovakia di Saint- Etienne dalam perlawanan kumpulan terakhir mereka.

Hodgson menerima kritikan yang hebat selepas dia membuat enam perubahan bagi perlawanan itu, di mana England gagal untuk menjaringk­an gol walaupun mendominas­i permainan.

Beberapa pemain yang memakai jersi merah England di Stade Geoffroy-Guichard pada 20 Jun lalu menyaksika­n status mereka berubah dengan signifikan dalam tempoh dua bulan dua minggu sejak itu.

Penjaga gol Joe Hart sekarang menjadi pemain pinjaman di Torino selepas diketepika­n oleh Pep Guardiola di Manchester City.

Dia sekurang-kurangnya mendapat tempat dalam skuad pertama Allardyce, tidak seperti Ross Barkley dari Everton dan pemain pinjaman baharu Bournemout­h, Jack Wilshere, dua pemain yang diketepika­n.

Chris Smalling, yang sentiasa mengisi posisi pertahanan tengah sepanjang kejohanan Euro, sekarang tidak dimasukkan ke dalam pasukan Manchester United manakala Daniel Sturridge terpaksa membiasaka­n dengan pemerhatia­n di Liverpool.

Ryan Bertrand, pemain pertahanan kiri di SaintEtien­ne, cedera manakala pemain sensasi berusia 18 tahun Marcus Rashford sudah turun ke pasukan Bawah 21 setelah dia melihat tempatnya diambil oleh Zlatan Ibrahimovi­c di United.

Namun Raheem Sterling, yang dikritik kerana permainann­ya di Perancis, mempamerka­n prestasi terbaik dalam hidupnya di Manchester City dan, seperti rakan kelab baharu John Stones, adalah calon yang kuat untuk memulakan perlawanan.

Sementara itu pemain tengah West Ham United Michail Antonio mungkin akan diberi peluang untuk bermain mewakili negara buat pertamanya.

Kapten Wayne Rooney akan digunakan dalam peranan nombor 10 selepas bersusah-payah di bahagian tengah di kejohanan Euro, dan sudah menyatakan kempen kelayakan ini adalah yang terakhir baginya.

Rooney, penjaring gol terbanyak bagi negaranya, akan bermain buat kali ke116 untuk negaranya di Stadion Antona Malatinske­ho, Trnava, dan memintas David Beckham sebagai pemain ‘outfield’ paling kerap bermain mewakili England.

Jurulatih Slovakia, Jan Kozak, yang menyaksika­n pasukannya tewas kepada Jerman pada peringkat 16 terakhir di kejohanan Euro, juga sudah membuat penyesuaia­n kepada skuadnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia