Utusan Borneo (Sabah)

Sukan medan penyatuan rakyat

- PENERANGAN -

SIPITANG: Sukan mampu menjadi medan penyatuan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan budaya.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad berkata sukan bukan sahaja melahirkan masyarakat yang sihat tetapi boleh menjadi faktor utama penyumbang kesepaduan rakyat.

“Semasa Sukan Olimpik, seluruh rakyat Malaysia boleh bersatu dan memberi sokongan kepada atlet kita.

“Oleh itu, saya harap kejohanan ini juga mampu membina perpaduan dan persefaham­an dalam kalangan masyarakat Sipitang,” katanya ketika merasmikan Kejohanan Liga Bola Sepak Parlimen P178 Sipitang, pada Jumaat.

Sapawi juga berharap kejohanan itu mampu mengasah bakat serta mencungkil potensi pemain bola sepak di daerah berkenaan.

“Kita yakin Sipitang tidak kekeringan pemain yang berkeboleh­an seperti yang pernah kita lahirkan sebelum ini seperti Harun Laban, Jelius Ating dan Abdullah Awang Adi,” katanya lagi.

Pada kejohanan tersebut sebanyak 27 pasukan akan mengharung­i liga selama sebulan untuk merebut hadiah utama iaitu wang tunai RM 10,000 dan piala.

Naib johan akan membawa pulang RM 7,000 sementara dua pasukan yang layak ke separuh akhir menerima RM 2, 000.

Satu perlawanan persahabat­an diantara Pasukan Pilihan Sipitang dan Pasukan bekas Pemain Sabah turut dilangsung­kan selepas majlis perasmian.

Antara pemain yang membarisi pasukan Pilihan Sipitang adalah Abdullah Awang Adi, Andrew Laban dan Matlan Marjan manakala Suharmin Yusof, Jekerison Kilan dan Rizal Awang Jad adalah antara pemain yang memperkuat­kan pasukan Bekas Pemain Sabah.

Turut hadir Adun Sindumin, Datuk Ahmad Bujang, Pegawai Daerah Sipitang, Latip Amat dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sipitang, Yamani Hafez Musa.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SAPAWI bergambar kenangan bersama Jawatankua­sa penganjur dan pasukan Kejohanan Liga Bola Sepak Parlimen P178 Sipitang.
SAPAWI bergambar kenangan bersama Jawatankua­sa penganjur dan pasukan Kejohanan Liga Bola Sepak Parlimen P178 Sipitang.
 ??  ?? SAPAWI (tiga kiri) bersalaman dengan pemain dari salah satu pasukan yang mengambil bahagian.
SAPAWI (tiga kiri) bersalaman dengan pemain dari salah satu pasukan yang mengambil bahagian.
 ??  ?? SAPAWI (dua dari kiri) menerima trofi kejohanan daripada Latip Amat sebagai gimik perasmian.
SAPAWI (dua dari kiri) menerima trofi kejohanan daripada Latip Amat sebagai gimik perasmian.
 ??  ?? SAPAWI diperkenal­kan dengan barisan bekas pemain Sabah.
SAPAWI diperkenal­kan dengan barisan bekas pemain Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia