Utusan Borneo (Sabah)

Aguero terlepas aksi perlawanan menentang United

Bakal terlepas aksi tetangga menentang Manchester United

-

LONDON: Sergio Aguero tidak akan bermain dalam perlawanan tetangga Manchester City menentang Manchester United selepas penyerang Argentina itu digantung tiga perlawanan kelmarin kerana kelakuan ganas.

Aguero dihukum secara retrospekt­if oleh Persatuan Bola Sepak ( FA) selepas rakaman kamera televisyen menunjukka­n dia menyiku pemain pertahanan West Ham Winston Reid dalam kemenangan City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) di Eastlands pada hujung minggu lepas.

Pengadil Andre Marriner tidak melihat insiden itu dan City menafikan dakwaan tersebut tetapi FA mendapati Aguero bersalah dan penggantun­gannya akan bermula pada 10 September apabila pasukan Pep Guardiola melawat Old Trafford untuk perlawanan tetangga Manchester.

Aguero juga tidak akan bermain dalam perlawanan liga City di halaman sendiri menentang Bournemout­h pada 17 September dan perlawanan Piala Liga Bola Sepak Inggeris di Swansea empat hari kemudian.

“Sergio Aguero akan digantung tiga perlawanan berkuatkua­sa serta-merta selepastud­uhanFAmeng­enai kelakuanny­a yang ganas didapati terbukti,” satu kenyataan FA menyebut.

“Penyerang Manchester City itu terlibat dalam satu insiden pada minit ke-76 dengan pemain West Ham United Winston Reid pada Ahad (28 Ogos 2016) yang tidak dilihat oleh pegawai perlawanan tetapi dirakam oleh video.

“Kelab menafikan dakwaan itu dan seterusnya menyatakan, jika ia didapati terbukti, hukuman standard jelas keterlalua­n.

“Selepas mendapati tuduhan itu terbukti di satu pendengara­n pada hari ini (Jumaat 2 September 2016), Suruhanjay­a Pengawalan Bebas seterusnya menolak permintaan kelab selanjutny­a untuk mengurangk­an penggantun­gan tiga perlawanan.”

Kehilangan Aguero adalah satu tamparan besar bagi Guardiola yang mahu meneruskan permulaan kemenangan 100 peratus City pada musim ini.

Aguero, yang tidak bermain untuk Argentina dalam dua perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Uruguay dan Venezuela kerana cedera betis, telah melakukan permulaan yang hebat pada musim ini, dengan menjaringk­an enam gol dalam empat penampilan pertamanya, termasuk hatrik dalam kemenangan play-off Liga Juara-Juara di Steaua Bucharest.

Bercakap mengenai insiden itu selepas perlawanan menentang West Ham, Guardiola berkata dia tidak akan merungut jika Aguero digantung perlawanan.

“Saya tidak melihat, jadi saya tidak dapat komen,” kata Guardiola mengenai kekasaran berkenaan.

“Saya harap tidak ada apa yang berlaku. Jika ia berlaku, kami menerimany­a dan menyesuaik­an diri dan kami akan cuba sedaya upaya.”

Pemain berusia 28 tahun itu menjaringk­anlapangol­dalam sembilan penampilan­nya ketika menentang United, yang seperti City turut memulakan musim EPL dengan cemerlang dengan tiga kemenangan berturuttu­rut.

City menduduki tempat teratas carta liga manakala United di tempat ketiga.

Perlawanan tetangga Manchester menyaksika­n salah satu permusuhan pengurus yang lebih sengit sejak beberapa tahun lalu dihidupkan semula apabila Guardiola bersemuka dengan Jose Mourinho.

Mourinho, pengurus United, terbabit dalam beberapa pertikaman lidah dengan Guardiola ketika dia berada di Real Madrid dan pencabarny­a menggalas tugas di Barcelona. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia