Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan petugas pantau penularan virus Zika di sekolah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pihak sekolah serta Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) diminta untuk menubuhkan pasukan petugas untuk memantau penularan virus Zika dalam kalangan murid.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, mereka boleh menubuhkan pasukan itu untuk tujuan pemantauan.

“Saya telah membaca laporan mengenai kesan virus ini di Sabah dan Selangor dan nampaknya ia merebak dengan cepat.

“Kita minta ibubapa yang menghantar anak ke sekolah atau ternampak tanda-tanda anak mereka deman atau terkena virus Zika agar terus membawa anak mereka ke hospital,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Penampang 2016 di sini kelmarin.

Beliau turut menjelaska­n bahawa peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR) yang dijadualka­n bermula hari ini tetap dilaksana seperti dirancangk­an.

Dalam pada itu, Mahdzir berharap sasaran 90 peratus guru tempatan di sekolah kebangsaan Sabah dapat dicapai kerana yakin peningkata­n tiga peratus guru tempatan akan dicapai menjelang hujung tahun 2016, manakala sebanyak 2.5 peratus untuk sekolah menengah.

“Kita yakin kita mampu mencapai 90 peratus guru tempatan untuk sekolah kebangsaan tetapi untuk sekolah menengah, ianya akan mengambil masa agak lama,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata lebih 380 sekolah daif di Sabah akan mendapat perhatian sewajarnya apabila Perdana Menteri memberi jaminan bahawa projek-projek menaik taraf sekolah-sekolah itu akan dilakukan segera.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, kerajaan akan memulakan projek menaiktara­f itu pada tahun ini juga dengan melibatkan sejumlah 45 sekolah di pedalaman dan kawasan pulau yang mana peruntukan untuk tujuan itu akan diumumkan Perdana Menteri bulan depan.

“Saya di sini juga ingin meluluskan sejumlah peruntukan untuk membina Sekolah Menengah Kebangsaan Kipovo Moyog yang akan dimulakan tahun hadapan.

“Saya juga luluskan peruntukan untuk menaik taraf sekolah-sekolah daif di Penampang, tetapi daripada 24 sekolah daif di Penampang, satu usaha perlulah dilakukan untuk diperhalus­i agar sekolah yang benar- benar kritikal diberi keutamaan,” katanya.

Hadir sama Ketua Umno Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose, Ketua Wanita Umno Penampang Noraini Idris, Pengerusi BN Penampang, Datuk Donold Peter Mojuntin, Ketua MCA Penampang Datuk Francis Goh, dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Hjh Maimunah Suhaibul.

 ??  ?? MAHDZIR menyampaik­an sijil Jasamu Dikenang kepada seorang pesara guru daerah Penampang. Turut kelihatan John (dua kiri) dan Maimunah (kiri).
MAHDZIR menyampaik­an sijil Jasamu Dikenang kepada seorang pesara guru daerah Penampang. Turut kelihatan John (dua kiri) dan Maimunah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia