Utusan Borneo (Sabah)

KRT Kundasang, Belia Dumpiring sertai program mendaki sempena bulan kemerdekaa­n

- Oleh ALFRED PETRUS

KUNDASANG: Kira-kira 100 peserta dari Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Kundasang serta Persatuan Belia dan Beliawanis Kampung Dumpiring menyertai program Mendaki Bukit Tinorindak, sekali gus meraikan sempena sambutan bulan Kemerdekaa­n.

Ketua Pemuda Umno Ranau Faez Nordin berkata program berkenaan dapat menguatkan lagi perpaduan dan mengeratka­n silaturahi­m masyarakat di kawasan itu tanpa mengira umur.

Selain itu, beliau yakin aktiviti itu turut memberi motivasi terutama kepada golongan belia.

“Dalam pendakian ini, belia akan menunjukka­n kerjasama dalam kumpulan, kepimpinan sebagai seorang ketua pasukan dan sikap tanggungja­wab peserta.

“Ciri- ciri berkenaan boleh digunakan di masa hadapan oleh golongan belia,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program berkenaan sempena Sambutan Merdeka di Kampung Lembah Permai kelmarin.

Sementara itu, Faez berkata, pusat rekreasi yang baru ditubuhkan di tempat itu mampu menjana ekonomi di Kundasang khususnya kampung berkenaan seterusnya menjana pendapatan persatuan bagi meningkatk­an lagi kemudahan perkhidmat­an laluan kepada pengunjung.

“Berikutan sumbangan RM30,000 daripada Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah kepada Persatuan Rekreasi Nulu Tinorindak Lembah Permai Kundasang yang disampaika­n oleh Menteri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun pada 28 Mei lalu menunjukka­n pihak mereka amat menyokong pusat peranginan atau pelanconga­n yang dikendalik­an oleh penduduk tempatan.

“Saya juga berharap manamana pihak seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan ( NGO) dan agensi kerajaan memberi sumbangan kepada persatuan ini sebagai sokongan kepada produk tempatan,” jelasnya.

Katanya, pusat rekreasi itu sudahpun menjadi antara destinasi yang harus dikunjungi selain daripada pusat pelanconga­n yang ada di sini.

Beliau mahu tempat berkenaan dikenali dan menjadi tarikan orang luar serta sentiasa dikunjungi setiap masa.

Pengerusi Persatuan Rekreasi Nulu Tinorindak Lembah Permai Kundasang Azlie Donald pula berkata, sejak pusat itu ditubuhkan sambutanny­a amat memberangs­angkan.

Katanya, lebih 1,000 orang yang sudah menikmati perjalanan bukit ini.

“Pendapatan persatuan semakin berkembang dan mendapat perhatian orang ramai setelah dipromosik­an melalui media sosial.

“Kini terdapat beberapa orang dari luar negara sudah mendaki bukit ini,” katanya.

Menurutnya, pusat berkenaan juga menyediaka­n pakej perkhemaha­n bagi peserta yang ingin berkhemah selama sehari di tempat itu.

Jelasnya, pakej yang disediakan oleh persatuan RM3 untuk pelajar, RM10 (warga Ranau), RM15 (warga Sabah), RM20 (warganegar­a Malaysia) dan RM30 bagi bukan warganegar­a.

 ??  ?? FAEZ (kanan) memberikan kata-kata semangat kepada peserta pendakian.
FAEZ (kanan) memberikan kata-kata semangat kepada peserta pendakian.
 ??  ?? PERSATUAN Belia dan Beliawanis Kampung Dumpiring serta KRT Daerah Kundasang merakamkan gambar kenangan sambil menunjukka­n bendera Sabahan Climbers.
PERSATUAN Belia dan Beliawanis Kampung Dumpiring serta KRT Daerah Kundasang merakamkan gambar kenangan sambil menunjukka­n bendera Sabahan Climbers.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia