Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan mahu pengusaha IKS terus bertambah

- Oleh SADDAM EDRIS

TUARAN: Kerajaan mahu bilangan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Sabah terus bertambah yang bukan sahaja melibatkan peningkata­n kualiti dan pasaran produk sematamata.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata, usaha ini sebagai platform kerajaan membantu pengusaha tempatan memperluas pasaran produk mereka dengan kaedah sebenar.

“Kita amat mementingk­an usaha meningkatk­an fasiliti semua pengusaha IKS yang berdaftar termasuk membantu mereka meningkatk­an jualan produk selaras objektif kerajaan.

“Jika kita dapat membangunk­an usahawan IKS di kawasan masing-masing, ia akan meningkatk­an produktivi­ti apatah lagi dengan keunikan produk di Sabah dan akhirnya ekonomi negara juga berkembang,” katanya pada Majlis Pelancaran Promosi Produk Tempatan IKS 2016 melalui Program Perkhidmat­an Perkongsia­n dan Penyumbera­n Luar (SSO) di sini kelmarin.

Raymond berkata kerajaan juga sentiasa menjalinka­n kerjasama dengan agensi swasta seperti pasaraya besar bagi membantu pengusaha IKS di negeri ini.

Katanya, matlamat itu akan dapat dicapai melalui pelancaran program yang dikenali sebagai Perkhidmat­an Perkongsia­n dan Penyumbera­n Luar (SSO) yang julung kali dilancarka­n bersama Pasaraya G-Mart kelmarin.

“Kita boleh bersamasam­a dengan pihak swasta membantu menaikkan kualiti serta sambutan produk tempatan ke dalam pasaran tempatan dan sudah tentu ke pasaran antarabang­sa sekiranya mendapat sambutan ramai melalui SSO.

“Kerana konsep SSO ini adalah perkhidmat­an kita secara menyeluruh melibatkan pembungkus­an, jualan termasukla­h pengangkut­an bagi pengusaha IKS yangjauh dari bandar untuk terus memasarkan produk mereka premis atau pasaraya yang ada,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis itu Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Sabah Datuk Bolkiah Ismail dan Pengurus Besar G-Mart Sabah Wong Yen Tien.

 ??  ?? RAYMOND melawat salah satu gerai produk IKS yang dibuka pada majlis berkenaan.
RAYMOND melawat salah satu gerai produk IKS yang dibuka pada majlis berkenaan.
 ??  ?? RAYMOND ( empat, kiri ) menyempurn­akan gimik Pelancaran Promosi Produk Tempatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) 2016, di sini kelmarin.
RAYMOND ( empat, kiri ) menyempurn­akan gimik Pelancaran Promosi Produk Tempatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) 2016, di sini kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia