Utusan Borneo (Sabah)

DBKK tingkatkan usaha jaga kebersihan

Jawatankua­sa Kawalan Wabak sudah diaktifkan berikutan kes Zika

-

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sudah mengaktifk­an Jawatankua­sa Kawalan Wabak peringkat Bandaraya Kota Kinabalu.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, berkata langkah itu diambil berikutan kes virus Zika dilaporkan di Taman Public Jaya, Likas, di ibu negeri dua hari lepas.

“Jawatankua­sa Kawalan Wabak peringkat Bandaraya Kota Kinabalu telah diaktifkan. Jawatankua­sa ini melibatkan tindakan bersepadu DBKK bersama Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu,” katanya.

Menurutnya, antara tindakan telah dilaksanak­an adalah aktiviti `fogging’ dan lawatan ke setiap rumah untuk memberikan nasihat penjagaan kebersihan di kawasan terbabit.

“DBKK juga memperting­kat kerja pembersiha­n sampah, perparitan dan kawasan lapang. Manakala kebersihan kawasan tapak pembinaan juga dipantau dari semasa ke semasa.

“Mereka yang didapati mengotorka­n kawasan persekitar­an akan dikompaun tidak melebihi RM500 di bawah Undang-undang Kecil Anti Sampah Sarap,” katanya.

Sehubungan itu, Yeo menasihatk­an orang ramai supaya membersihk­an persekitar­an rumah daripada sebarang sampah atau bekas yang berpotensi menakung air seperti bekas pembungkus makanan, tin makanan/ minuman, semua jenis botol plastik/kaca, pasu bunga dan sebagainya.

Beliau turut mengingatk­an penduduk untuk memastikan kawasan dalam rumah juga adalah bersih dan disusun kemas.

“Sebarang takungan air seperti mangkuk tandas, sinki, tangki air hendaklah dipastikan bertutup dan tidak dimasuki nyamuk. Tong-tong sampah mestilah sentiasa bertutup dan tidak menakung air,” katanya.

Menurutnya, orang ramai boleh melaporkan kepada DBKK sekiranya ada masalah kutipan sampah, parit tersumbat atau jika ada kawasan rumah dalam kejiranan yang kotor, tidak terurus serta tidak berpenghun­i.

Aduan boleh disalurkan menerusi talian DBKK 0102222000 ( WhatsApp) atau 088-210011 (masa pejabat).

 ??  ?? YEO
YEO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia