Utusan Borneo (Sabah)

`Jangan pengaruhi orang ramai dengan maklumat tidak benar’

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Manamana pihak yang bersikap anti- vaksin dinasihat agar tidak mempengaru­hi orang ramai untuk tidak memberi suntikan vaksin buat anak- anak mereka dengan menyebarka­n maklumat tidak benar.

Pakar Penyakit Berjangkit dan Perunding Perubatan Jesselton Medical Centre DrTimothy William berkata, perbuatan itu dianggap salah dan tidak bertanggun­gjawab.

“Sekiranya suntikan vaksin tidak diberikan, ia akan menimbulka­n pelbagai penyakit dan mereka yang menyebarka­n maklumat palsu berkaitan kesan vaksin tidak akan peduli terhadap kesan yang berlaku.

“Misalnya, kejadian penyakit Campak dan wabak Difteria baru-baru ini, orang yang menasihatk­an ibu-ibu supaya tidak memberi vaksin untuk anak-anak mereka sama sekali tidak menanggung apaapa kerugian dan ini dianggap tidak bertanggun­gjawab,” katanya ditemui pada Ceramah Kesihatan dan Vaksin Kanak-Kanak, di sini Sabtu lepas.

Selain itu Timothy berkata, isu lain yang amat membimbang­kan adalah mengenai seg- elintir masyarakat yang tidak memberi vaksin kerana ikut dengan maklumat diperoleh dari internet.

Katanya, kebelakang­an ini terlalu banyak website atau blogger yang memberi informasi negatif terhadap suntikan vaksin atas sebab agama dan sebagainya.

Menurutnya, lebih memeranjat­kan apabila ada segelintir masyarakat yang menyatakan bahawa suntikan vaksin mampu menyebabka­n kerosakan otak buat kanak-kanak yang menerimany­a.

“Saya menegaskan di sini bahawa kami sebagai pakar perubatan sedia maklum bahawa pengambila­n vaksin sentiasa diawasi melalui tahap keselamata­n dan pengawasan yang ketat.

“Semua orang juga perlu tahu bahawa suntikan vaksin sama sekali tidak menyebabka­n masalah kerosakan otak dan kami sebagai pakar perubatan sangat pasti akan perkara ini,” tegasnya.

Menurutnya, berdasarka­n kajian yang dijalankan juga menunjukka­n sudah beribu kanak-kanak yang mendapat suntikan vaksin hidup normal dan tidak menghidapi sebarang simptom kerosakan otak atau Autisme.

Smentara itu Pakar Perunding Pediatrik Dr Ang Siang Chie berkata, sekiranya wujud kesan vaksin yang mampu menyebabka­n kerosakan otak, mereka perlulah mempunyai bukti saintifik yang kukuh.

“Bagi kami untuk menerima kesan yang benar-benar berlaku selepas mendapat suntikan vaksin, ia perlu konsisten dan seterusnya memberi hasil yang sama dan tidak boleh bergantung kepada satu pandangan sahaja.

“Imunisasi adalah satu cara yang mudah, selamat dan berkesan untuk melindungi kanak-kanak daripada menghidapi sebarang penyakit dan ini juga percuma untuk diberikan,” katanya.

 ??  ?? ANG
ANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia