Utusan Borneo (Sabah)

Pelantikan JKKK, Ketua Kampung perlu seimbang

-

BEAUFORT: Ahli Parti Bersatu Sabah ( PBS) di Bahagian Lumadan berharap pelantikan pemimpin akar umbi termasuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung diseimbang­kan antara parti komponen Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PBS merangkap Ketua PBS Bahagian Lumadan, Ruslan Muharam berkata ahli parti di peringkat akar-umbi mahu perkongsia­n kuasa diseimbang­kan untuk setiap parti komponen.

Beliau berharap perkara itu dipertimba­ngkan wakil rakyat di kawasan berkenaan.

“Setakat ini di kawasan Lumadan cuma ada dua Ket- ua Kampung dan dua JKKK dilantik dari ahli PBS yang dilihat kurang seimbang dalam komponen BN.

“Sokongan kita untuk BN bukan sedikit di Lumadan kerana kita penyokong setia dan saya berharap wakil rakyat di sini mempertimb­ang perkongsia­n kuasa diseimbang­kan,” katanya ketika menyampaik­an Ucapan Pengulunga­n dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke- 31 PBS Lumadan di Kampung Suasa, di sini kelmarin.

Mesyuarat dirasmikan Timbalan Presiden PBS, Senator Datuk Jamilah Sulaiman dan turut dihadiri Timbalan Setiausaha Dioslin Augustine, Ketua Pergerakan Wanita, Lairin @ Letrine Augustine, dan Ketua Bahagian Kuala Penyu, Sebastian Anjin.

Mesyuarat dihadiri lebih 100 ahli PBS di Bahagian Lumadan.

Ruslan berkata pihaknya dalam usaha menambah peruntukan daripada kerajaan untuk PBS di bahagian Lumadan.

“Pada tahun lalu, saya maklumkan bahawa kita minta supaya peruntukan sebanyak 10 peratus diberikan kepada parti komponen PBS di Lumadan untuk kita nikmati bersama namun diberikan menerusi JKKK.

“Tetapi kali ini saya cuba usahakan untuk dapatkan secara istimewa iaitu terus kepada PBS untuk kita agihkan kepada 13 daerah mengundi di Lumadan,” katanya.

 ??  ?? RUSLAN (dua kanan) menyaksika­n Sebastian (tiga kanan) menerima cenderamat­a dari Dioslin selepas mesyuarat agung PBS ke-31 PBS Bahagian Lumadan.
RUSLAN (dua kanan) menyaksika­n Sebastian (tiga kanan) menerima cenderamat­a dari Dioslin selepas mesyuarat agung PBS ke-31 PBS Bahagian Lumadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia